Sunday, October 19, 2008

JANGAN ADA BENCI


Kakinya melangkah pantas meninggalkan kumpulan perbincangan itu. Sakit telinganya mendengar kata-kata Adib. Hatinya bagai menggelegak sahaja berada di situ. Bimbang tidak dapat mengawal diri, dia mengambil keputusan keluar dari situ.
Hairan, kenapalah dia boleh berada dalam kumpulan yang sama dengan Adib. Sabar sahajalah dengan kerenah mamat berlagak itu. Semuanya dia yang betul. Ideanya sahajalah yang terbaik. Orang lain semua tak boleh pakai. Dia sahaja yang pandai. Dia sahaja yang layak menjadi ketua. Semuanya dia.
Hampir renyuk fail ditangannya. Marahkan Adib failnya menjadi mangsa. Alahai, malangnya nasibmu wahai fail. Nak buat macam mana kemarahan dah mencapai pada tahap yang tak boleh dikawal lagi. Jadi…
Di depan orang bolehlah dia berlagak selamba. Bolehlah lah dia bersikap tenang macam tiada apa-apa yang berlaku. Sampaikan Alya pun hairan dengan sikapnya. Kutukan dan kemarahan Adib langsung tidak membawa apa-apa perubahan pada wajahnya. Wajahnya masih begitu. Sama. Tiada perubahan langsung. Dia seolah-olah tidak mempunyai perasaan.
Melangkah sahaja kedalam bilik, dia terus menghempaskan dirinya di atas katil. Fail ditangan diletakkan sahaja di tepi bantal. Matanya di pejam serapat mungkin. Cuba membuang segala yang telah berlaku antara dia dengan Adib. Dia tidak mahu menyemakkan fikiran dengan lelaki gila kuasa itu.
"Kenapa kau ? Gaduh lagi ?"
Syira tersentak mendengar suara Alya. Perlahan dia membuka matanya sambil tersenyum. Kemudian dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Alya menggeleng kepala. Faham sangat dengan perangai Syira. Lepas bergaduh wajahnya punyalah tension. Tapi bila ditanya, boleh pula dia tersengih dan menggaru-garu kepala macam orang bodoh.
"Aku penat. Nak tidur." perlahan suaranya memberitahu. Siap dengan reaksi muka lagi menggambarkan dia penat yang teramat. Padahal tidaklah penat mana pun.
"Penat gaduh dengan Adib kan ? Hai, Si Adib ni pun satu. Kenapalah dia suka sangat sakitkan hati kawan baik aku ni. Agaknya dia sukakan kau tak, Syira."
Terbeliak biji mata Syira mendengarkan kata-kata Alya. Sekelip mata sahaja dia sudah pun berdiri di hadapan Alya dengan bercekak pinggang. Wajahnya garang macam singa kelaparan.
Alya terperanjat dengan tindakan Syira. Kemudian dia ketawa terbahak-bahak. Apa tidaknya, dengan penuh keletihan Syira memberitahu dia ingin tidur. Sekarang dengan penuh garang Syira berdiri di hadapan Alya.
"Kenapa kau gelakkan aku ?" Syira bertanya. Matanya terbuka luas menggambarkan kemarahan yang amat sangat. Alya tidak mempedulikan Syira. Masih lagi ketawa.
"Ellop, mak cik. Kau dengar tak aku tanya ni ? Kenapa kau gelak. Kalau ya pun nak gelak, ajaklah aku sekali."
Alya tersengih. Masih menahan tawa. Namun ketawanya berhamburan lagi apabila melihat wajah Syira yang kemerahan menahan marah. Comel.
"Ok…ok.." Alya mengalah akhirnya setelah dilihatnya Syira duduk dan merenungnya dengan pandangan yang tajam. Menikam sehingga ke lubuk hatinya.Mujur sahaja dia perempuan. Kalau tak mahunya dia jatuh cinta dengan minah bermata tajam ini.
"Kau ni pantang betul bila aku sebut nama Adib. Daripada letih terus jadi bertenaga. Hebat !" Selamba Alya menyindir Syira yang masih marah.
"Malas layan kau." Syira sudah pun menarik selimut menutup keseluruhan badannya.
Alya Cuma menggeleng dengan gelagat Syira. Tengah hari yang panas terik ini boleh pula dia berselimut. Pelik.
Tak sampai seminit Alya merungut dalam hatinya, Syira sudah menolak selimutnya ke tepi.




Aiman mencapai majalah di meja. Dibelek-belek tanpa ada hati ingin membacanya. Sekadar menghilangkan rasa bosan menunggu si adik. Agaknya perempuan memang begitu. Selalu lambat bersiap. Cerewet. Alahai, terpaksalah menunggu.
"Abang…" terdengar suara manja dibelakang. Badannya terasa dipeluk dari arah belakang. Dia menoleh. Melihat adik kesayangan sudah siap muncul niat untuk mengusik.
"Punyalah lama abang tunggu. Macam ni je adik bersiap ?"
Alya mengerutkan kening. Dia menuju ke arah cermin. Dari kepala sampai ke kaki, semua ditiliknya. Rasanya semuanya okey. Tadi pun mama cakap cantik.
"Kenapa pula ?" Alya bertanya sebaik sahaja dia berdiri semula dihadapan abangnya.
"Cantik…" Aiman menjawab sambil tersenyum. Alya menarik muncung.
"Dah tak cantik lagi…" Aiman masih ingin mengusik adiknya.
"Abang ni…" Alya menjerit. Bahu Aiman menjadi mangsa tangan Alya.
Puan Adrianna hanya tersenyum melihat gelagat anak kesayangannya. Hanya itulah harta paling berharga yang ada padanya sejak kematian suami tersayang dua tahun yang lalu.
"Mama, kami pergi dulu…" Alya menjerit sambil melambaikan tangannya setelah kereta yang dipandu oleh Aiman mula meluncur di jalan raya.






"Abang, kat sini je. Nanti orang nampak pula." Aiman angguk. Bimbang betul Alya kalau orang tahu yang Aiman itu abangnya.
"Whats wrong ? I’m ur brother right ?" Aiman mula mengusik.
"Ish, abang ni. I love you. Bye." Alya terus keluar dari kereta. Beg pakaiannya yang berat diangkutnya sendiri. Rela dia begitu daripada orang mengetahui yang dia dihantar oleh Aiman ke kolej.
Lebih-lebih lagi Syira. Dia tidak mahu Syira kenal Aiman. Mungkin bimbang Syira jatuh cinta pada Aiman. Maklmulah, Aiman tu boleh tahan hensemnya.

"Hai Syira. Buat apa ?" Alya menegur Syira yang sedang membaca buku sambil berbaring di katilnya.
Syira menoleh.
"Aku sedang cuci baju." Alya ketawa mendengarkan jawapan Syira. Silap soalan. Itulah dah nampak perempuan tu dok baca buku, lagi mau tanya. Ha kau, sekali kan dah terkena. Hehe.
"Kau dah siapkan assignment ke ?" Alya bertanya. Lupa pula dia Syira mahu meminjam laptopnya pada minggu lepas. Tapi lap top kepunyaannya ada pada Aiman.
"Belum. Lya, aku nak pinjam lap top kau boleh ke ?" Syira bertanya.
Alya mengangkat keningnya sambil mengangguk. "Boleh ba kalau kau. Itu aku minta dengan abang aku tadi." Alya menunjuk ke arah lap topnya yang diletak di atas katil.
Syira tertawa mendengarkan kata-kata Alya. Mujurlah teman sebilikya ini tidak kedekut dan memahami keadaan dirinya. Kalau tak susah juga dia perlu ke perpustakaan semata-mata untuk menyiapkan assignment. Itupun belum tentu dapat menggunakan computer. Bukan dia seorang sahaja yang memerlukan kemudahan itu, ramai lagi pelajar lain yang menggunakan kemudahan computer di ipta mereka.
Tiba-tiba kedengaran lagu Mirae. Alya mencapai handsetnya. Satu mesej diterima.
‘Sampaikan salam abang pada Syira.’ Alya tersengih membaca mesej yang diterimanya. Dia menggeleng-geleng kepalanya. Sesekali mengenangkan sikap abang yang seorang itu, pening kepalanya.
"Syira, abang aku kirim salam."
Syira menoleh. Dia mengerutkan keningnya. Hairan barangkali. Yalah, tak pernah pun dia kenal dengan Aiman, tiba-tiba sahaja mamat tu kirim salam padanya. Macam manalah dia tak hairan.
"Apa mimpi abang kau ?"
"Well….kan dia selalu kirim salam pada kau. Hantar mesej pun bukannya nak tanya khabar aku, kirim salam dekat kau saja," Alya pura-pura merajuk.
Syira tersenyum melihat keletah Alya. Dia memeluk bahu Alya. Sebuah ciuman hinggap di pipi Alya. Alya tersenyum manja dilayan begitu.
Syira memang rapat dengannya. Syiralah yang selalu menenangkan hatinya bila dia punya masalah. Namun kadang kala sikap Syira mengalahkan budak-budak. Syira unik. Sekejap matang dan sekejap macam kanak-kanak ribena. Comel.




Alya mencapai handset Syira. Dia tahu Adib yang menelefon. Kalau tidak masakan Syira tidak menjawab panggilan itu. Marah Syira pada Adib masih belum surut. Apa lagilah si Adib tu lakukan pada Syira sampaikan Syira langsung tidak mahu menjawab panggilannya.
"Hello."
"Syira, petang ni ada perjumpaan. Aku perlukan sub topic 3." Suara Adib kedengaran tegas pada pendengaran Alya. Garangnya. Padanlah si Syira ni malas nak menjawab panggilannya.
"Syira mandi. Nanti saya bagitahu dia." Alya bersuara.
"Oh….jam 3. Sharp okey."
"Okey." Talian dimatikan. Alya memandang Syira yang sedang asyik menaip.
"Syira, petang ni ada perjumpaan. Dia perlukan sub topic 3. Jam 3. Sharp okey." Alya mengulang kata-kata Adib. Siap meniru suara si Adib lagi.
Syira langsung tidak mempedulikan kata-kata Alya. Dia masih tekun manaip. Tangannya laju menari-nari di atas papan kekunci. Matanya tajam merenung bait-bait patah perkataan yang akan ditaipnya.
Alya hanya mengangkat bahu melihat keadaan Syira. Dia tahu Syira memang sudah tidak tahan lagi dengan Adib. Walaupun mulut Syira tidak pernah menceritakan apa yang berlaku antara dia dan Adib namun dia tetap mengetahuinya. Dia tahu segala yang Adib lakukan. Dia tahu bagaimana reaksi Syira apabila ditengking dan disindir Adib.
Balik ke bilik. Reaksi Syira tetap sama. Bagaimana wajahnya sebelum dimarahi, begitulah juga wajahnya setelah dimarahi. Langsung tiada perubahan. Namun dia tahu, Syira tertekan dengan sikap Adib. Dia sendiri mati kutu dengan Adib dan Syira.
Lagu Cuppy Cake Song dipasang kuat. Kepala Syira bergerak-gerak mengikut lagu itu. Comel. Macam suara baby yang menyanyi lagu itu juga. Cute sangat. Tiada lagi tegang pada wajah Syira. Syira nampak happy bila dia dapat menyanyi begitu.
"Alamak….3.30 dah. Matilah aku." Spontan Syira melompat dari katilnya. Nyata dia telah terlewat menghadiri perjumpaan. Tentunya dia akan dimarahi lagi. Biarlah….sudah biasa. Kata orang alah bisa, tegal biasa.
Alya menggeleng kepalanya melihat keadaan Syira. Dia sendiri berasa bersalah. Lupa untuk mengingatkan Syira. Seronok melihat Syira gembira sehingga terlupa pada pesanan Adib.
"Tak pe. Kau tinggal aje lap top tu. Nanti aku off."
"Thanks Lya." Sebuah ciumuan lagi hinggap di pipi Alya. Belum pun sempat Alya berkata apa-apa Syira sudah melangkah pergi.



Syira memandang wajah Adib yang garang. Dia diam sahaja. Semua ahli sudah ada. Menunggu dia tentunya. Apa tidaknya, sub topic 3 ada pada dia. Dia tahu dia akan dimarahi. Dia sudah bersedia. Memang silapnya, tidak menepati masa.
"Hai, tuan puteri. Baru sampai. Kamu ingat kami tiada kerja nak tunggu kamu sampai berjam-jam kat sini ?" Tu dia. Itu baru mukaddimah. Belum lagi ceramah yang terpaksa didengarnya. Tahan sahajalah wahai telinga.
"Dib, sorry. Aku lupa beritahu dia u all ada perjumpaan petang ni." Tiba-tiba suara Alya menyapa telinganya. Syira menoleh. Terkejut dia melihat Alya berdiri di belakangnya.
"Alasan." Sepatah Adib menjawab.
"Well, its up to you weather u want to believe it or not. Tapi aku rasa bersalah kalau dia kena marah sebab silap aku. Kalau kau nak marah juga better kau marah aku." Alya masih mahu membela Syira. Kasihan melihat Syira yang selalu dimarahi.
"Hello, mak cik. Kau tak ada kena mengena dengan group ni. Yang datang lewat, Syira bukan kau. Jadi…"
"Tapi, yang menyebabkan dia lewat aku. Aku lupa nak beritahu dia." Adib terdiam. Memikirkan kata-kata yang sesuai untuk menjawab kata-kata Alya.
"Tadi aku dah call dia kan ? Handset dia kan ? Jadi, kenapa dia tak check ? Susah sangat ke nak check telefon ? Kalau urgent macam mana ?"
"Suka hati dialah handset dia. Yang kau sibuk-sibuk kenapa ?" Alya sudah tidak tahu bagaimana hendak membalas kata-kata Adib.
"Kau marah dia lagi, aku bagitahu abang aku." Adib yang tiba-tiba tersenyum mendengarkan kata-kata Alya membuatkan semua yang berada di situ hairan.
"Ok."
Masing-masing terkejut mendengarkan jawapan Adib. Adib mengalah ? Begitu senang Adib mengalah dengan Alya. Garang sangatkah abang Alya. Atau….
Perbincangan diteruskan. Kali ini Syira rasa lebih selesa. Dia tidak lagi ditengking atau dikutuk oleh Adib. Dia perasaan, Adib kerap memandangnya. Dia sendiri hairan dengan sikap Adib. Mungkinkah Adib takut pada abang Alya. Mereka saling mengenalikah ? Apa hubungan Adib dengan Alya ?


Di bilik, Syira masih memikirkan kemungkinan-kemungkinan hubungana antara Adib dan Alya. Sehinggakan Alya sendiri hairan melihat gelagatnya. Bila ditanya dia hanya tersengih tanpa mempedulikan pertanyaan Syira.
Alya seolah tahu apa yang bermain di fikiran Syira. Namun dia amat faham dengan sikap Syira yang gemar berahsia. Biar dia. Macamlah orang tak tahu apa yang dia fikir. Selagi kau tak tanya, selagi itulah aku takkan bagi penerangan. Lagi bagus, selamat rahsia abang.
Tidak lama Syira begitu. Hanya 15 minit. Kemudian dia mencapai sebuah buku lalu dibacanya sambil berbaring. Syira tidak suka memenatkan otaknya dengan berfikir sesuatu yang tidak membawa keuntungn bagi dirinya. Masalah yang datang padanya bagai angin lalu. Dibiarkan sahaja. Tahu-tahu masalahnya sudah selesai.
Kadang-kadang pelik juga Alya dengan manusia yang bernama Syira ini. Namun inilah Syira yang dia kenali setahun yang lalu. Teman sebilik yang sama-sama mengharungi suka duka dalam usaha mengejar kejayaan. Syira lebih tua daripadanya setahun. Namun Syira tidak pernah menganggapnya junior. Alya senang berkawan dengan Syira. Kadang-kala tak terasa yang Syira itu lebih tua dari dirinya tambah-tambah lagi Syira lebih selesa tidak dipanggil Kak Syira.
Telefon Syira bergetar. Seperti biasa, Syira cuma membiarkan. Langsung tidak dipedulikan panggilan telefon itu. Malas hendak melayan. Orang tengah sibuk study, sibuk pula dia hendak menelefon.
Alya menggeleng kepalanya melihat gelagat Syira. Pantas dia menyambut panggilan itu. Dia tahu tentunya Adib yang menghubungi.
"Helo."
"Ya…"
"Syira please." Adib sudah tahu tentunya bukan Syira yang menjawab panggilan telefon itu. Cam benar dia dengan suara Syira. Lagipun memang dia tahu, Syira tak reti menjawab panggilannya. Syira tak suka bercakap dengannya. Kalau tidak dikerah oleh Alya sudah tentunya dia tidak dapat mendengar suara lunak Syira.
"Syira…" Alya menghulurkan handset di tangannya kepada Syira. Syira masih juga begitu. Langsung tidak mencapai handset yang dihulur
Tentunya dia tidak mahu menjawab panggilan itu.
"Syira…" Suara Alya kedengaran agak tinggi. Marah barangkali. Syira menoleh. Dia mengeluh. Dia tahu, Alya memaksanya menjawab. Kalau tidak, alahai tentunya telinganya terpaksa pula mendengar leteran daripada Alya. Budak ni kalau berleter, boleh tahan. Lebih kurang je. Alya dan Adib. Kadang-kadang sikap mereka sama. Pelik.
"Hello,"
"Syira."
"Ya saya. Ada apa ? I have a lot things to do," tegas Syira bersuara. Letih dia melayan kerenah Adib.
Mendengarkan suara Syira yang seperti memarahi dirinya dia berasa marah. Hilang niat ingin berbual dengan Syira.
"Kenapa awak lewat tadi ?" Syira mengeluh. Call aku Cuma nak tanya fasal tadi. Tak puas hatilah tu tak dapat marah aku.
"Hey, kau dengar tak soalan aku ? Kenapa lewat tadi ?"
"Maaf." Hanya sepatah perkataan yang meluncur dari bibir Syira. Dia tida mahu betekak dengan Adib. Bimbang ada yang kena maki. Syira sekarang bukan Syira dulu lagi. Dulu, ya. Kalau ada sesiapa yang mencari fasal dengannya. Ha, siaplah kau. Kata-kata kesat semua keluar dari ulas bibirnya. Kalau dia marah, semua orang diam. Tapi kini tidak lagi. Syira tak mahu bergaduh lagi. Syira tak mahu marah-marah lagi. Semenjak masuk ke ipta ini dia menjadi pelajar pendiam. Paling diam antara pelajar-pelajar lain. Dia langsung tidak mencampuri urusan orang lain. Malas memeningkan kepala dengan perkara yang remeh temeh. Kalau dimarah, dia diam sahaja. Kalau dia marah pun dia akan diam saja.
"Kau ni tak faham soalan ke ? Aku tanya, kenapa kau lewat tadi ?"
"Tiada alasan. Kalau saya bagi alasan pun belum tentu awak percaya dan awak akan cakap saya memang suka mencipta alasan. Last, saya minta maaf sebab menyebabkan awak semua tertunggu-tunggu. Saya bukan tuan puteri yang kamu kena tunggu." Lancar Syira menyusun kata seolah ada skrip dihadapannya.
Adib terdiam. Kata-kata Syira terkena atas batang hidungnya sendiri. Boleh tahan minah ni kalau dia menjawab.
"Ok, lepas ni jangan lewat lagi."
"Thanks Adib." Perlahan suara Syira.
Adib terkesima. Suara Syira kedengaran lembut ditelinganya. Kalaulah dari tadi dia cakap lembut-lembut macam ni tak adalah aku nak marah-marah dia.
"Ada apa-apa lagi ? Maaflah, saya ada kerja yang perlu disiakan."
"No. Assalamualaikum." Talian diputuskan. Syira mengeluh lega. Tenang sedikit hatinya setelah Adib tidak lagi menengkingnya seperti selalu.
Seperti biasa Alya memandangnya dengan penuh rasa ingin tahu. Dan seperti biasa jugalah dia hanya tersenyum dan kemudian menggeleng.
"Nothing. Don’t worry, dia tak marah aku lagi."
Kelihatan kening Alya berkerut. Hairan. Tapi tak pe, nanti aku akan tahu juga. Akhirnya dia senyum sendiri.




"Kasihan dia. Abang ni tak berhati perut langsung." Alya tidak peduli lagi. Dia sudah tidak tahan lagi dengan kerenah Aiman. Selalu marah orang. Sesuka hati dia aje nak marah orang. Ingat orang ni apa, tunggul kayu yang tak ada perasaan ke.
Aiman Cuma tersenyum mendengarkan kata-kata Alya. Dia tahu Alya tidak berpuas hati dengannya.
"Abang tahu tak, Alya kasihan tau tengok dia macam tu. Macam orang tak ada perasaan je abang buat kat dia." Alya masih melepaskan geram yang terbuku dihati.
"Kan adik cakap dia memang tak ada perasaan."
"Abang….." Bulat mata Alya merenung Aiman. Perempuan tu pun satu. Kena marah ke, kena maki ke, kena kutuk ke, muka dia tu macam tu juga. Muka toya. Muka blur je yang dia tayang.
"Kalau Lya jadi dia, dah lama abang kena sembur dengan Lya tau."
Aiman senyum lagi. Dia tahu tentunya Alya bengang dengan sikapnya. Padahal dulu dia bukan main setuju lagi dengan rancangannya. Menguji sejauhmana kesabaran perempuan itu. Tapi kini, dia pula yang menjadi penentang utama. Apa mimpi budak ni ?
"Dulu Lya tak kisah pun abang buat apa kat dia ? Kalau abang cerita pada Lya, Lya siap bagi idea lagi macam mana nak buat dia marah. Siap bagitau lagi apa yang dia tak suka."
"Itu dulu. Sekarang tak lagi."
"Apa yang dia bagi Lya makan sampai Lya berpaling tadah dengan abang sendiri ni ?" Aiman mengusik. Namun, usikannya tidak kena pada tempatnya. Alya semakin marah.
Alya menarik nafas panjang sebelum meneruskan kata-katanya. "Abang…..lepas ni, kalau abang nak buat apa pada dia, abang buat je la. Jangan pedulikan Lya lagi. Bila dia sakit, bermakna Lya pun sakit." Selesai sahaja menghabiskan kata-katanya Alya terus berlalu dari situ.





Jam menunjukkan pukul 3.30 petang. Syira masih lagi menunggu di situ. Tadi dia menerima mesej dari Suzilla mengatakan ada perjumpaan kumpulan. Kalau dia lewat lagi tentunya dia akan terpaksa mendengar ceramah daripada Adib.
Malas hendak mendengar ceramah Adib lagi. Kasihan telinganya. Perlu juga rehat daripada mendengar suara mamat tu. Kalau suara tu sedap tak apalah juga. Tapi suara dia, pergh mengalahkan halilintar. Dahsyat tu.
"Hai," satu suara tiba-tiba menyapa.
Syira menoleh. Wajahnya langsung tidak memberikan apa-apa reaksi.
"Lama kamu tunggu di sini ?" Syira mengangguk cuma.
"Kamu tak bawa handset ke ?" lelaki itu masih bertanya. Hai dah tahu orang tak nak bercakap dengan dia, lagi banyak soalan dia. Peliklah manusia ni.
Syira menyelongkar begnya. Matanya meliar mencari handsetnya di dalam beg sandangnya. 2 minit menyelongkar, apa yang dicari tidak dijumpai. Sah, memang dia lupa bawa handset. Alahai.
Syira memandang lelaki itu dan menggeleng kepalanya perlahan.
"Perjumpaan batal. Syafiq dan Hilmi tak dapat hadir. Hari ni kan turn mereka memberi penerangan. Saya dah mesej awak, siap call lagi. Tapi, Alya yang jawab calling tu. Dia cakap awak dah pergi."
Syira Cuma menggeleng sambil tersenyum. "Tak pelah, silap saya. Nak cepat tadi."
Adib merenung Syira. Lama. Kagum dengan ketenangan dan ketabahan Syira. Kadang-kadang geram juga dengan sikap Syira. Dia marah Syira bagai nak rak, tapi minah tu masih boleh selamba lagi. Hairan. Macam orang tak ada perasaan. Paling-paling kurang pun Syira Cuma mengangkat punggungnya. Berlalu dari situ.
"Syira, saya nak minta maaf dengan awak." Syira menoleh ke arah Adib dengan pandangan yang hairan. Apa mimpi mamat ni tiba-tiba minta maaf dengan aku.
"Saya tahu saya banyak sakitkan hati awak."
Syira Cuma diam. Dia memandang wajah Adib. Lama. Cuba mencari keihklasan di wajah itu. Benarkah atau dia sedang bermimpi ?
Adib tersenyum. Dia tahu tentunya Syira pelik dengan perubahannya. Tiba-tiba sahaja memohon maaf daripada Syira.
"Saya suka awak." Sebaik selesai meluahkan kata, Adib terus berlalu dari situ. Syira semakin hairan dengan sikap Adib. Suka aku ? Biar benar mamat ni ? Demam ke ?
Agak lama Syira termanggu di situ. Macam orang bodoh sahaja dia di situ. Sebaik sahaja tersedar, dia terus bangun dan balik ke hostel. Fikirannya berserabut memikirkan sikap Adib yang begitu pelik dan amat menghairankan.
Sampai dibilik dia terus menhempaskan badannya di atas tilam. Mata dipejam serapat mungkin. Akhirnya dia terlena keletihan. Letih memikirkan apa yang berlaku.



Alya merenung Syira yang tidur kepenatan. Dia dapat melihat kehairanan pada wajah itu. Dia tahu dan mengerti mengapa Syira begitu. Dia menggelengkan kepalanya perlahan. Kasihan Syira. Kemudian dia tersenyum sendiri. Untung kau Syira.
"Argh….." tiba-tiba sahaja Syira menjerit. Terkejut Alya dibuatnya. Hampir sahaja dia melompat mendengar jeritan Syira.
"Kenapa kau ?" Alya bertanya setelah melihat Syira beransur pulih selepas mengurut dadanya beberapa kali.
Syira tersenyum. "Kenapa kau tengok aku begitu. Aku fikir apalah tadi."
Alya tergelak mendengarkan kata-kata Syira. Padanlah muka pelik semacam je tadi. Panic barangkali. Hahaha. Aku pun satu, member tengah syok tidur yang aku pergi renung tu kenapa. Nak buat macam mana. Syira ni cute sangat masa tidur. Mujurlah aku ni perempuan. Kalau tak….habis. Mujur abang tak tengok dia masa ni. Kalau tak, tak dapat den nak nolong.
"Syira, aku sayang kau. Sayang sangat tau." Tiba-tiba sahaja Alya memeluk erat Syira. Air matanya mengalir laju. Terpana Syira melihat gelagat Alya yang tiba-tiba. Dah la tadi renung dia macam nak telan, la ni dok peluk dia pula. Apakez la minah ni. Namun, persoalan itu hanya berlegar di mindanya sahaja. Dia membalas pelukan Alya. Lama mereka begitu.
"Kan best kalau kau jadi kakak aku." Syira memandang wajah Alya. Lama. Kemudian dia tersenyum.
"Kita kan adik beradik. Kau jangan risau, aku sentiasa sayangkan kau." Syira mencium pipi Alya. Alya tersenyum gembira. Gembira sangat. Dia amat sayangkan Syira. Entah kenapa dia sendiri pun tak tahu.



"Ops, sorry. Saya tak sengaja." Cepat-cepat dia meminta maaf. Alahai, akibat tergesa-gesa dia telah menumpahkan air ke atas baju seseorang.
"Awak ingat dengan perkataan sorry awak tu, baju saya ni boleh bersih ?" kasar dan garang Adib bertanya.
Syira menarik nafas panjang. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Takkan lah dia hendak membersihkan baju Adib di sini pula.
Adib merenung tajam ke arah Syira menyebabkan Syira tidak selesa belama-lama disitu.
"Sorry, Adib. I don’t know what should I do." Perlahan Syira bersuara. Suaranya jelas menunjukkan dia berasa amat bersalah kepada Adib.
Hilang marah Adib mendengar suara lembut Syira. Namun egonya menghalang. Dia rindu pada Syira. Rindu nak marah Syira.
"Habis tu yang kau tergesa-gesa sangat ni kenapa sampai semua orang kau nak langgar ha ?"
Syira diam. Alahai makin lambat la aku pergi library.
"Aku tanya ni. Dah jadi bisu ?" Syira diam. Dia tidak pernah menjawab atau membalas apabila dimarahi Adib. Itulah yang mebuatkan Adib geram dengannya. Makin dimarah makin diam. Muka pula langsung tiada perubahan. Betullah Alya cakap, minah ni tak ada perasaan.
"Engkau ni kan, selalu saja nak buat aku marah. Apa masalah kau sebenarnya ha?" Syira diam lagi. Dia hanya tunduk memandang lantai simen. Fail ditangannya digenggam kemas.
"Aku bercakap dengan kau. Yang kau pergi pandang simen tu kenapa ? Simen tu lagi hensem dari aku ke ?" Genggaman Syira semakin kemas. Kejap sehingga kelihatan getaran pada tangannya. Getaran menahan marah tentunya. Adib yang menyedari keadaan itu mengangguk. Dia tahu bila kemarahan Syira tiba di puncak. Walaupun tiada perubahan pada wajah, namun tangannya tidak dapat menyembunyikan perasaan marah itu. Semakin jelas apabila Syira memegang sesuatu. Sebentar lagi, tentunya Syira akan melangkah pergi begitu sahaja meninggalkan dia di situ dengan baju yang masih basah.
Syira berlalu pergi. Sebelum mulutnya menghamburkan kata-kata yang tidak elok pada Adib, baik dia meninggalkan lelaki itu segera. Adib memang begitu. Dia cuba sedapkan hati sendiri.
Adib tersenyum sendiri. Ha kan. Betul apa yang dia fikir sebentar tadi. Dia dah mula mengenali Syira yang sebenar. Dia suka Syira. Syira penyabar. Syira merupakan air yang menjadi penyejuk kepada api yang membara kepanasan. Syira bukan tiada perasaan, tapi dia tidak mahu menunjukkan perasaannya yang sebenar. Syira unik. Dia tidak suka menyusahkan orang. Aik, mana tahu ni ? Mestilah kalau dah tidak mahu menunjukkan perasaannya pada orang tu dah tentu lah dia tidak suka menyusahkan orang. Dia tidak mahu orang lain risau padanya. Ini dah lebih…semua tahu. Macam ada sesuatu yang disembunyikan. Adib senyum sendiri dengan kata hatinya.


Hairan. Pelik. Comfius. Ah, lelaki memang semuanya sama. Tidak boleh dipercayai. Kata suka, tapi masih marahkan aku. Apa maksud dia. Suka ? Suka apa ? Suka marahkan aku ? Suka sakitkan hati aku.
Syira memejamkan lagi matanya. Entah untuk kali yang keberapa dia begitu. Mujurlah Alya tiada. Kalau tak sibuklah dia bertanya. Namun dia tak akan dapat tahu. Rahsiaku tetap rahsia. Kalau dah namanya rahsia tu, mana boleh bagitahu orang. Kalau dah bagitahu orang, dah tak jadi rahsia lagi. Tapi tak kisah, Alya bukannya suka memaksa. Dia yakin Alya tak akan memaksanya menceritakan apa yang berlaku antara dia dan Adib.
Syira senyum. Kemudian dia ketawa. Akhirnya dia berwudhu. Hanya itulah caranya melepaskan tension. Senyum, untuk menyejukkan hati. Ketawa, untuk gembirakan hati sendiri. Dan berwudhu, untuk solat. Apa-apapun solat jugalah yang dapat menenangkan dirinya sendiri. Hanya itu cara yang paling baik.

Hampir seminggu Alya tidak bercakap dengan Aiman. Dia dapat tahu Aiman marahkan perempuan tu lagi. Macamlah orang tak tahu. Ini Alya la. Abang ni, susah betul. Apa lagi lah dia nak uji minah tu. Dah terang-terang minah tu penyabar. Ish tak faham aku. Nak kan perempuan yang perfect. Macamlah awak tu bagus sangat.
"Adik…."
Alya tidak menjawab. Pandang pun tidak. Matanya tetap pada skrin televisyen.
"Adik, abang rindu sangat kat adik abang ni. Kenapalah adik abang ni boleh berubah ?" Aiman memeluk Alya. Alya masih seperti tadi. Langsung tidak memberi sebarang tindak balas. Kaku.
"Mama…….adik tak nak kawan dengan abang lagi." Tiba-tiba sahaja Aiman menjerit. Alya tersentak dengan tindakan abangnya. Sejak bila pula mamat ni pandai mengadu ni. Pelik ?
Puan Adrianna menjenguk ke ruang tamu. Dia sendiri pun hairan melihat hubungan Aiman dan Alya yang dingin sejak seminggu yang lalu. Selalunya tidak begitu. Apalah masalah mereka. Malas mahu ambil tahu. Mereka dah besar, boleh selesaikan sendiri. Namun harapan hanya tinggal harapan. Masalah mereka tak juga boleh diselesaikan. Jadi….?
"Kenapa ni abang, adik ?" Puan Adrianna sudah duduk di hadapan kedua beradik itu.
Alya diam. Bibirnya sudah memuncung panjang. Boleh sangat kalau nak sangkut hanger baju. Aiman pula hanya tersenyum panjang.
"Abang…?"
"Bukan abang. Adik ni, tak nak kawan dengan abang lagi." Aiman tersenyum lebar selepas membuat laporan kepada Puan Adrianna.
Puan Adrianna memdang Alya. Lama.
"Abang ni…." Akhirnya Alya menceritakan juga apa yang berlaku. Dari A sampai Z. Tiada satu pun yang tertinggal. Semuanya lengkap.
Puan Adrianna menggeleng kepalanya setelah mendengar semua cerita dari bibir Alya. Penyayang juga Alya ni rupanya. Aiman pula….alahai…kalau dah lelaki. Suka betul uji perempuan.

Syira pelik melihat hadiah di atas meja studinya. Apa mimpi Alya bagi hadiah ni pada dia. Kelendar yang tersangkut di dinding ditilik. 24 september, ahad. Bukan hari jadi aku. Jadi ? Apa kena minah ni.
Hadiah yang dibungkus rapi itu pula menjadi mangsa tilikan Syira. Hm, cantik balutannya. Ini belum lagi buka. Kalau buka apalah agaknya kat dalam ni ya ? Entah-entah Lya sengaja kenakan aku. Sekali ada lipas kat dalam ni. Tak pun, buka je, melompat seekor katak. Ei….tak naklah.
"Hoi, apa yang kau buat tu ?" Alya memeluk Syira dari berlakang.
Syira memandang wajah Alya dengan mata membulat. Marah la tu.
"Assalamualaikum mak cik ?" Alya sengih.
"Apa mimpi kau bagi aku hadiah ni ?" Syira bertanya.
"Siapa pula bagi kau hadiah. Bukan aku yang bagi." Selamba Alya membalas.
"Ellop, kalau bukan kau siapa yang bagi. Kau ajer kan dalam bilik ni. Siapa yang berani masuk bilik ni sesuka hati kalau bukan kau ?" Syira sudah bercekek pinggang. Wajahnya digarangkan. Alah garang macam mana pun, bukannya Alya takut. Semakin lebar Alya tersengih adalah. Sebiji macam iklan susu marigold dulu-dulu.
"Siapa bagi kau hadiah. Entah-entah hadiah tu untuk aku ?" Alya masih mahu mengusik.
Syira terkejut. Dia tersenyum malu. Pantas jarinya membelek-belek hadiah itu.
‘Good Luck untuk Syira. Moga kejayaan dan kebahagiaan itu menjadi milikmu.’
"Memang hadiah ini untuk aku lah. Kau sengaja kenakan aku ya ?" Alya sudah tergelak besar melihat gelagat Syira. Gabra la minah ni. Depan Adib boleh pula dia cool. Tapi depan aku, hilang semua cool.


Syira menyusun semua kertas yang berterabur di atas meja. Semua pen dikutip lalu dimasukkan kedalam kotak pensilnya, tidak sampai pun lima minit mengemas, semuanya selesai. Dia duduk melihat hasil kerjanya sambil tersenyum puas. Siap akhirnya. Jam ditangan dipandang. Jarum jam menunjukkan pukul 4 petang. Ini bermakna hampir 1 jam Adib menunggunya. Itupun kalau mamat tu tunggu la. Lupa pula dia, Adib mahu berbincang dengannya mengenai presentation kumpulan. Yang peliknya, nak bincang dengan dia sorang sahaja.
Tergesa-gesa Syira mencapai fail dan kotak pensilnya. Wajahnya sudah kelihatan panic. Adoila, nanti apa lagi la mamat tu akan berleter.
"Syira." Belum pun sempat dia melangkah, kedengaran satu suara memanggilnya. Macam familiar je suara ni. Perlahan dia menoleh. Ha, kan…..alahai, sabarlah terlinga.
"Sorry Adib. Syira….."
"Duduk dulu," tenang suara Adib pada pendengaran Syira. Perlahan-lahan dia duduk di situ. Wajahnya ditundukkan. Takut betul dia pada Adib.
"Syira buat apa ?"
"Syira buat note untuk presentation tu la. Nanti senang nak explain." Perlahan Syira menjawab. Wajahnya memandang ke arah lain. Langsung tidak memandang ke arah Adib.
"Cik Asyira Nadia, sekarang ni saya bercakap dengan awak." Tiba-tiba sahaja suara Adib kedengaran tegas.
Syira menarik nafas panjang. Dia dah mula dah. Alahai, susah betulla mamat ni. Sekejap ok, sekejap angin satu badan. Apa kena ntah.
Syira memandang wajah Adib. Tajam. Mahu sahaja ditelan mamat tu hidup-hidup.
Adib terkejut dengan reaksi Syira yang tidak di duganya. Renungan tajam Syira membuatkan dadanya tiba-tiba sahaja berdebar kencang. Kelu lidah untuk berkata-kata.
"Saya minta maaf. Saya selalu menyusahkan hidup awak. Selalu lupa setiap kali ada perjumpaan kumpulan. Apa kata kalau saya keluar je dari kumpulan ni masuk dalam kumpulan Hilmi aje."
Adib terkejut dengan kata-kata Syira. Keluar dari kumpulan aku ? Oh no !
"No."
"Kenapa ?"
"Kalau awak keluar, kuranglah ahli kumpulan kita dan ahli kumpulan Hilmi akan bertambah."
Syira tersenyum sambil menggeleng kepalanya.
"Maksud saya, tukar ahli. Saya masuk kumpulan Hilmi, Nurul masuk kumpulan awak. Fair kan ?"
Adib diam. Wajahnya mula merah. Tidak. Syira tidak boleh masuk kumpulan Hilmi. Kalau Syira di sana, tak bolehlah dia marah Syira lagi. Tak dapatlah dia melihat wajah merah Syira menahan marah.
"No. Saya tak akan benarkan. Sesuka hati awak je nak tukar kumpulan. Nama kita kan dah diserahkan pada Puan Elina." Adib masih menolak cadangan Syira dengan memberi alasan.
"Saya boleh bincang dengan Puan Elina."
"No. Kalau saya kata tak boleh. Awak tak akan dapat tukar kumpulan."
"Why not ? Kenapa saya perlu ada dalam kumpulan awak ? Untuk apa kehadiran saya kalau hanya menyusahkan awak. Saya selalu buat awak marah. Saya selalu buat awak tak senang. Saya tak penting pun dalam kumpulan awak. Awak tak pernah pun menghargai kehadiran saya dalam kumpulan awak. Jadi, untuk apa saya di situ." Syira terus berlalu dari situ. Kakinya pantas melangkah. Dia tidak akan biarkan air matanya menitis depan Adib yang berlagak itu. Dia yakin, kalau dia menangis depan Adib comfrim mamat tu akan tergelak besar. Gelak berguling-guling lagi atas rumput itu.


Aiman tidak boleh tidur. Sekejap berpusing sebelah kanan, sekejap berpusing sebelah kiri. Puas dipejam mata itu, namun masih tidak boleh tidur. Dia bangun akhirnya. Membuka tingkap seluas-luasnya dan memandang kejauhan. Gelap. Tiada apa-apa yang dapat dilihat. Cuma hitam pekat.
"Abang…." Aiman menoleh. Di muka pintu dilihatnya Alya dengan secawan nescaffe. Aiman senyum. Dia tahu, Alya mesti mempunyai masalah yang sama dengannya, tidak boleh tidur.
"Whats ur problem ?" Alya bertanya.
Aiman menganggkat bahu. Alya menggeleng. Faham dan tahu sudah kenapa abangnya begitu. Ni semua mesti fasal perempuan itu. Alahai perempuan. Kesian abang tak dapat tidur.
Aiman menceritakan apa yang berlaku pada Alya. Alya mengeluh panjang. Sudah dijangkanya apa yang berlaku. Cuma dia perlu mendapatkan sendiri kepastian daripada Aiman. Bimbang dia tersilap sangka. Namun, nyata sangkaannya tidak pernah silap.


Syira mengambil hadiah di atas mejanya dan diletakkan di atas rak kasut. Sudah bersusun hadiahnya di situ. Semua tidak dibukanya. Masih elok balutannya. Jenuh Alya menyuruhnya membuka. Langsung tidak dipedulikan. Dia tidak akan membukanya selagi tidak diketahui siapa pengirimnya.
Alya memandang Syira dengan wajah yang geram. Rasa macam nak marah saja Syira tapi tak sampai hati. Dia tahu, kalau dia marah pun Syira akan diam sahaja.
"Bilik ni dah macam kedai cenderamata," Alya bersuara. Syira sengih.
"Kalau kau tak nak bagitahu aku siapa yang bagi hadiah ni semua, kau jangan harap aku buka dan simpan dalam almari aku. Biarlah kat situ. Kalau ada orang nak pun, ambillah." Selamba Syira menjawab.
"Macam manalah aku nak bagitahu kalau aku sendiri tak tahu."
Syira senyum lagi. Dia menghampiri Alya dan memeluknya erat. "Blah la kau."
Alya ketawa mendengarkan kata-kata Syira. Gaya punyalah jiwang. Sekali ayat itu juga yang terkeluar dari ulas bibirnya.
"Syira, are you okey ?"
"Hm…ya…kenapa ?" Alya ketawa lagi melihat gelagat Syira yang selamba.
"Aku ingatkan kau nak cakap, Lya…I love you."
"Ha ? Blah la kau." Spontan Syira menolak Alya. Alya ketawa lagi. Ha kau, tahu takut.
"Aku normal tau." Syira berkata sambil mengambil tualanya yang tersangkut di penyidai. Bagus lagi mandi daripada melayan minah ni.



"Syira ada calling. Sorry aku jawab." Alya memberitahu sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.
Syira mengangguk Cuma. Dia menghamparkan sejadah dan bersedia untuk menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim.
"Kau tak nak tahu siapa call ?" Alya pelik dengan reaksi Syira. At least, tanyalah siapa yang call.
"Nanti la ba. Aku lambat sudah ni." Alya menggeleng kepalanya melihat gelagat Syira.



‘Saya gembira mengenali kamu.’ Dahi Syira sudah berkerut seribu membaca mesej yang tidak diketahui siapa pengirimnya itu. Sebaik sahaja memabacanya dia terus mendelete mesej itu.
Alya yang melihat keadaan Syira tersenyum panjang. Melihat reaksi Syira, dia sudah dapat meneka siapakah pengirim mesej itu. Rasanyalah. Tak tahulah betul ke tak. Tapi rasanya memang betullah. Rasanyalah.
"Siapa ?" Alya bertanya untuk mendapatkan kepastian.
Syira senyum. Soalan Alya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Alya ketawa dengan gelagat Syira. Kuat betul simpan rahsia. Ingat orang tak tahu la tu. Ini Alya ba, semua tahu tau.
Alya mencapai handset Syira membuatkan Syira terkejut. Hampir sahaja dia menjerit.
"Hey, ni apa kes rampas-rampas handset orang ni ha ? Handset sendiri ada, handset aku juga yang disambar. Kenapa ?" Syira tidak berpuas hati.
Alya menayang-nayangkan handset Syira. Sengaja ingin membuatkan Syira geram. Syira hanya merenung tajam. Tiada sebarang reaksi.
"Kau ingat aku takut ?" Spontan Syira ketawa mendengarkan kata-kata Alya. Eleh, tak takut konon. Dulu, kalau aku pandang macam ni…menggigil badan. Haha.
Alya membuka inbox Syira. Empty. Hampeh punya minah. Semua dia dah delete. Cepat dan tangkas betul minah ni. Patutlah boleh gelak je. Kalau tak muka tu….masam macam cuka.



Syira merenung wajah Alya. Lama. Di tangannya terdapat sebuah hadiah. Tentunya daripada pengirim misteri itu lagi.
"Baik kau cakap. Aku nak tahu juga. Siapa bagi hadiah ni semua pada aku ?" Suara Syira kedengaran tegas. Alya ketawa. Mata Syira semakin tajam merenung wajah Alya.
"Lya, im serious now. I need to know." Syira geram dengan sikap Alya. Dia sudah tidak tahan lagi. Memanglah selama ini dia diam sahaja. Langsung tidak peduli, namun ada kalanya hati ini menjerit juga ingin tahu siapalah insan yang bermurah hati mendermakan hadiah-hadiah itu untuk dirinya.
"Ok. Ok." Nak tahu juga akhirnya. Ingatkan tiada perasaan. Letih aku dan abang menunggu dia bertanya. Akhirnya…..terkeluar juga persoalan itu dari bibirnya. Ego betul minah ni.
"Siapa ? Kau kenal ke orang tu ?"
"Jap, before I answer your question, kenapa kau tanya aku ? Manalah aku tahu." Selamba Alya berkata.
"Bohong. Mana boleh kau tak tahu. Takkan la hadiah tu pandai berjalan sendiri kalau tiada orang letak. Ini semua mesti kerja kau kan."
"Ish, tak kuasa aku nak bagi hadiah kat kau."
"Lya….kau ni. Maksud aku kau mesti ada bersekongkol dengan someone kan ?" Syira geram dengan sikap Alya.
"Hm….berapa kau nak bagi kalau aku bagitahu."
"Ha, kan. Memang kau tahu kan siapa yang bagi aku hadiah tu semua ?"
"Well…." Alya masih mahu mengacah Syira. Seronok pula melihat wajah Syira yang tidak sabar ingin tahu siapakah gerangan insan misteri itu. Bagaimanalah agaknya kalau dia tahu. Alahai….
"Actually……."
"Lya ….!" Syira menjerit. Kuat. Geram dengan sikap Alya yang main-main.
"Ok. Ok. Orang tu Aiman."
"Aiman ? Aiman mana ?"
"Abang aku." Syira terlongo mendengarkan kata-kata Alya. Kenapa pula Aiman baik hati bagi hadiah pada dia. Alya tergelak melihat mulut Syira yang terlopong.
"Woi, masuk lalat nanti." Syira tersengih mendengarkan kata-kata Alya.
"Kenapa abang kau bagi aku hadiah-hadiah tu semua."
Alya tersenyum panjang melihat gelagat Syira. Comel pula tengok dia dalam keadaan tertanya-tanya macam ni. Kalau tidak, selalunya itu macam tiada perasaan sahaja.
"Kenapa orang selalu bagi hadiah kat someone ? Kenapa orang selalu berkirim salam dekat someone ?" Alya bertanya.
Syira angkat bahu. Dia suka kat aku ke ? Oh no. Takkan lah. Aku tak pernah jumpa dia pun. Macam mana juga dia boleh suka aku.
Alya mengangguk. Macam tahu-tahu sahaja apa yang sedang bermain di fikiran Syira.
"Apa angguk-angguk ?" Syira bertanya.
"Betullah tu apa yang kau fikir. Abang aku memang suka kat kau. Kalau kau tak percaya, kau boleh tanya dia sendiri."
"Ish, takkanlah aku nak tanya. Lagipun manalah aku tahu phone number dia ?"
Tiba-tiba sahaja telefon Syira bergetar menandakan ada mesej masuk.
‘Betul….saya memang suka awak.’ Berkerut dahi Syira membaca mesej yang baru diterimanya. Alya mencapai handset ditangan Syira. Dia tersengih setelah membacanya.
"Kan….betul tak apa aku cakap. Dia memang suka kau."
"Tapi......"
"Tapi apa lagi ?"
"Macammana dia tahu kita sedang bercakap fasal dia ?"
"Well….he is my brother. Kami kan adik beradik. Instinct kami memang kuat ba." Dahi Syira masih lagi berkerut. Hebat. Dashyat juga mereka ni.
"What you all doing here ?" Tiba-tiba sahaja satu suara menegur.
"Assalamualaikum." Alya membalas. Adib sengih.
"Walaikumussalam."
"You dari mana ni ? Mengendap kami ye ?" Alya bertanya. Sempat lagi dia mengusik Adib. Syira kelihatan gelisah. Tidak sanggup lagi dia berhadapan dengan Adib.
"Syira, are you okey ?" Alya memandang wajah Syira. Syira tersenyum. Namun nyata seyumannya hambar. Nampaknya kali ini dia tidak berjaya menyembunyikan perasaannya lagi. Syira menatap jam ditangan.
"Oh, sorry. Adib we must go now. Bye." Syira menarik tangan Alya supaya cepat-cepat berlalu dari situ.

‘Terima kasih kerana sudi terima saya sebagai kawan kamu.’ Syira tersenyum membaca mesej itu. Lelaki inilah yang selalu menghantar mesej kepadanya. Setelah mengetahui siapa pengirimnya, Syira tidak lagi mendelete mesej itu.
Aiman berjaya mencungkil semua rahsia Syira. Memang Syira memerlukan seseorang untuk meluahkan masalahnya. Aiman faham sekarang. Syira tidak mahu menyusahkan Alya sebab Alya bukanlah seorang penyabar. Dia bimbang Alya menyerang Adib pula. Dia lebih selesa meluahkan masalah dan tidak puas hatinya pada Adib kepada Aiman. Aiman tidak mengenali Adib. Jadi tidak mungkin Aiman akan menyerang Adib.
Aiman gembira mendengar rungutan-rungutan Syira kepada Adib. Semua yang Adib lakukan pada Syira, diadunya pada Aiman. Aiman merasakan dirinya dihargai.
Bukan senang untuk Syira mengadu dan meluahkan semua masalahnya kepada orang lain.
‘Kita jumpa. Saya rindukan awak.’
‘Sorry. Syira sibuk.’
‘Syira tak kisah tak kenal Aiman ?’
‘Syira lebih selesa begini. Biarlah Syira tak kenal Aiman. Syira takut Syira kena tengking lagi macam Adib buat kat Syira.’
‘Hehehe. Kenapa pula Aiman nak tengking Syira ?’
‘Iya kan ? Manalah Syira tahu. Hehehe. Agaknya kat dahi Syira ni dah tertulis ‘orang yang patut ditengking dan tidak patut dilayan dengan elok.’’
Agak lama Syira menunggu reply. Malas menunggu dia mencapai buku dan membacanya. Alya yang melihat keadaan Syira tersenyum melihat tingkah laku Syira. Syira kini lebih gembira daripada Syira yang dulu. Muka yang dulunya tidak berperasaan kini sudah diserikan dengan keceriaan.
Lima minit kemudian, handset Syira berbunyi menandakan ada mesej masuk. Pantas dia mencapai handset di sebelah. Makin meleret senyuman Alya melihat gelagat Syira.
‘Kenapa Syira cakap macam tu ? Tak elok tau. Wajah Syira tu penyejuk hati.’
‘Aik mana tahu ni ?’ Aiman tersenyum sendiri membaca mesej daripada Syira. Cepatnya berubah. Tadi punyalah sedih semacam. Sekarang dah tukar nada pula.
‘Well……jangan lupa. Aiman kan abang Alya. So, all about you I know, ba. Cuma Syira je yang tak tahu fasal Aiman.’
‘Iya kan. Unfair !’
‘Hehehehe’



Syira mengalah juga. Akhirnya dia menerima pelawaan Aiman untuk berjumpa. Setelah lebih kurang lima bulan mereka berhubung, Syira tidak pernah mengenali Aiman. Bukan tak nak kenal. Nak juga, tapi segan la nak tanya Alya macam mana abang dia tu. Nanti apa pula Alya fikirkan.
Pernah juga Syira menyelongkar laci Alya semata-mata mahu melihat gambar Aiman, namun hampa. Satu keping gambar Aiman pun tiada pada Alya. Alya macam tahu sahaja keinginan dia untuk mengenali Aiman. Dalam diam Syira semakin menyukai Aiman namun dia tidak berani dan malu untuk mengakui hakikat itu. Tak berani sebab dia sudah serik dengan sikap Adib padanya. Malu pula pada Alya, merangkap bakal adik iparnya. E’eleh sempat lagi berangan tu. Hehehe.
Syira bersiap seadanya. Malas nak berlawa-lawa. Lagipun Aiman memang sudah mengenali dirinya. Sebenarnya bukan sebab Aiman sudah mengenali dirinya, tapi dia segan dengan Alya. Maklumlah Alya pun ikut dating sekali. Mulanya memang Alya tidak mahu ikut. Tapi Syira segan pula dengan Aiman jadi terpaksalah Alya mengikut setelah Syira melancarkan mogok selama dua har


Syira diam. Wajahnya kembali seperti dahulu. Wajah yang langsung tiada perasaan. Alya gelisah sendiri melihat keadaan Syira. Bersalah, menyesal dan macam-macam perasaan menghantui dirinya.
"Syira, kami minta maaf. Kami tiada niat pun mahu menyakiti hati Syira." Perlahan Alya bersuara. Dia duduk disebelah Syira dan memeluk bahu Syira. Syira masih juga begitu. Langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan.
"Please Syira. Jangan buat kami macam ni." Alya masih berusaha memujuk. Sudah seminggu Syira tidak bercakap dengannya. Handsetnya dimatikan terus. Langsung tidak memberi peluang Aiman menghubunginya. Balik bilik terus sahaja dia tidur. Pagi-pagi lagi sudah hilang. Kebetulan, hari ini nasib Alya baik. Sempat juga dia bercakap dengan Syira. Namun dia seorang sahajalah yang bercakap. Syira akan terus diam. Membisu seribu bahasa. Kadang-kadang geram juga dia dengan sikap Syira. Tapi tak boleh nak salahkan Syira juga sebab semua ini adalah salah mereka. Kasihan Syira selama ini terpaksa menanggung rasa sendiri dimarahi Adib.
Syira memandang Alya. Kemudian dia tersenyum.
"Aku penat. Nak tidur." Syira menarik bantal peluknya dan memeluk erat. Selimut ditarik menutup mukanya. Dan tanpa Alya sedari, Syira sudah pun menitiskan air matanya didalam selimut yang tebal itu.


"Lya, mana Aiman ? Kenapa Adib di sini ?" Syira hairan. Hampir sejam mereka disitu namun wajah Aiman tidak juga muncul-muncul. Wajah lelaki berlagak ni juga yang ada di sini. Siap boleh bergurau senda lagi dengan Alya. What happen ?
"I’m Aiman." Tiba-tiba sahaja Adib bersuara membuatkan mata Syira membulat. Terkejut pun ada.
"Aiman ?"
Adib mengangguk dengan penuh yakin. Syira memandang pula ke wajah Alya. Alya juga mengangguk.
Syira kelihatan keliru. Apa permainan mereka sekarang.
"I’m Aiman. Adib Aiman. Sayalah abang Alya. Saya….." belum pun sempat Aiman menghabiskan kata-kata Syira terus berlalu dari situ. Sakit hatinya dipermainkan begitu. Disakitkan hati oleh Adib, dipujuk oleh Adib. Rupanya selama ini dia mengadu pada Adib yang dia benci sangat pada Adib.
Whats the stupid game ?

Syira melangkah laju menuju ke perpustakaan. Assigment Puan Erina perlu disiapkan segera. Dia tidak boleh bertangguh lagi. Masa terlalu suntuk. Kalau dulu bolehlah dia siapkan assignment sampai pukul 2 atau 3 pagi. Tapi kini tidak lagi. Dia tidak akan meminta tolong dan meminjam apa pun barang Alya.
"Syira…." Syira tidak menoleh. Kenal benar dia dengan suara itu. Suara yang menyakitkan hatinya. Mahu sahaja dia menangis di situ. Namun ditahan matanya agar bersabar. Nanti balik bilik, dalam selimut baru dia nangis.
"Syira, Aiman minta maaf." Syira diam. Langsung tidak dipedulikan Aiman yang telah duduk di sebelahnya. Matanya tajam merenung skrin computer. Menahan air mata agar tidak menitis.
"Syira, Aiman tak kisah kalau Syira nak marahkan Aiman. Tapi, please…….jangan buat Alya macam tu." Syira masih lagi diam. Langsung tidak memberi sebarang respon. Betullah kata Alya. Geram kalau bercakap dengan Syira. Akhirnya Aiman berlalu dari situ. Syira menarik nafas lega apabila Aiman sudah tiada di situ. Rimas dan lemas dia dengan sikap Aiman.

Syira terkejut apabila tangannya ditarik kasar. Dia menoleh. Dahinya berkerut menahan sakit dan marah.
"Hey, kenapa ni ?"
"Ikut saya sekarang." Syira meronta minta dilepaskan.
"Kalau awak tak mahu orang tengok, jangan meronta. Ikut saya." Syira memandang sekeliling. Beberapa orang pelajar memandang mereka hairan. Akhirnya Syira diam. Kakinya melangkah mengikut Aiman.
"Masuk." Aiman memberi arahan lagi. Ah…Syira benci Adib. Adib Aiman. Suka mengarah.
Dengan wajah yang masam mencuka Syira masuk ke dalam kereta Adib. Duduk di sebelah Adib. Tanpa dia sedari dia menutup pintu kereta dengan agak kuat menyebabkan Adib menoleh ke arahnya. Adib menggeleng perlahan. Terkejut juga dia dengan tindakan Syira. Mujur tidak tercabut pintu keretanya.
"Adib Aiman, saya ada banyak kerja nak buat. Kemana awak mahu bawa saya ?" suara Syira kedengaran tegas. Adib senyum. Hai, pandai pula awak bercakap. Ingatkan dah bisu.
Syira geram apabila soalannya langsung tidak membawa jawapan. Di biarkan berlalu begitu sahaja.
Agak lama mereka berdiam diri dalam kereta. Sunyi dan sepi. Syira pula langsung tidak tahu ke mana Aiman mahu membawanya. Tapi rasa macam jauh sahaja. Hampir 1 jam mereka di dalam kereta, langsung tidak menunjukkan mereka akan sampai ke destinasi yang dituju.

Puan Adrianna menyambut kepulangan Aiman dengan senyuman. Aiman bersalam dengan Puan Adrianna.
"Ma, ini kawan Aiman. Syira."
"Menantu mama." Alya berbisik ke telinga mamanya. Bisikannya yang kuat itu didengar oleh Syira menyebabkan Syira terkejut.
"Syira…..we are sorry." Alya masih lagi berusaha memujuk Syira. Syira cuba tersenyum, namun senyumannya hambar.
"Dah….jom. Mama dah siapkan makanan untuk you all. Jom kita makan sama-sama." Puan Adrianna menarik tangan Syira menuju ke ruang makan.

Syira duduk di ruang tamu. Sendiri. Alya dan Aiman tidak dapat dikesan. Mentang-metanglah ini rumah mereka, sesuka hati sahaja tinggalkan aku keseorangan di sini.
"Mana Lya ?" Puan Adrianna meletakkan segelas sirap dan sepiring kuih di hadapan Syira.
"Entah."
"Syira…..mari duduk kat sini." Puan Adrianna memeluk dan mengusap kepala Syira perlahan setelah Syira berada di sebelahnya.
"Syira marahkan Lya dan Aiman lagi ?" Syira diam. Itukah sebabnya Aiman membawanya ke sini. Kenapa sampai mama mereka masuk campur. Argh………..mereka memang suka menyusahkan hidup aku.
"Syira….mama tanya ni." Puan Adrianna sudah membahasakan dirinya sebagai mama, membuatkan Syira semakin takut.
"Syira……..kuatnya berangan. Sampaikan mama tanya pun tiada jawapan." Puan Adrianna masih cuba memujuk Syira supaya bercakap. Padan pun Alya dan Aiman geram dengan Syira. Susah juga nak pujuk dia ni.
Syira menoleh. Dia tersenyum. " Sorry." Perlahan dia berkata.
Puan Adrianna tersenyum sambil menggeleng kepala. Ketenangan yang ada pada Syira membuatkan hatinya tertawan. Tidak salah pilihan Aiman. Cuma cara Aiman memikat tidak kena pada caranya. Syira bukan seorang yang mudah untuk mempamerkan perasaannya. Dia lebih rela mendiamkan dirinya terutama kalau dia sedang marah.
"Syira masih marahkan Lya dan Aiman ?" Puan Adrianna bertanya lagi.
Syira geleng. Namun jelas kelihatan matanya basah. Dia tidak boleh berbohong lagi.
"Syira sayang. Jangan nangis. Mama tahu, apa yang mereka buat pada kamu. Mereka dah story semua pada mama. Mama pun tak sangka sampai begitu sekali mereka nak uji kamu. Mama minta maaf bagi pihak mereka. Bolehkan ?" Puan Adrianna memeluk erat Syira. Syira diam. Langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.
"Mungkin Syira perlukan masa untuk memaafkan mereka." Puan Adrianna berkata perlahan.
"Dah, jangan nangis lagi." Puan Adrianna mengelap air mata Syira dengan tisu. Kemudian dia tersenyum melihat Syira yang cuba untuk tersenyum.

"Syira, Aiman minta maaf." Syira menoleh. Dia mengukir senyuman.
"Saya suka Aiman tapi saya benci Adib." Aiman ketawa mendengarkan kata-kata Syira.
"Thank’s Syira."
"Kenapa pula ?"
"Sebab bercakap dengan saya. Aiman rindu Syira." Syira tersenyum mendengarkan kata-kata Adib. Tidak lama Syira diluar. Syira masuk kembali kedalam rumah. Mencari Puan Adrianna.
"Mama….Syira nak balik dulu. Dah lewat dah ni."
"Syira mahu balik sudah ? Tidur di sini saja. Esok kamu tiada kelas ba kan ?"
Syira tersenyum. Dia mengangguk perlahan. Memang esok tiada kelas pun. Tapi kalau tidur kat sini, alahai. Mampukah dia bertahan dengan Aiman. Memang dia sukakan Aiman tapi agak sukar membuang perasaan marah pada Adib. Argh…..
"Bolehkan sayang ?" Syira menarik nafas panjang.
"Tapi, Syira tiada bawa pakaian pun." Syira beralasan.
"Baju Lya kan banyak." Alya sudah memeluk Syira dari belakang. Memujuk Syira tentunya. Syira memandang Aiman. Meminta Aiman faham keadaan dirinya. Aiman Cuma mengangkat bahu.
"Hm…."
"Tak apalah ma. Orang tak sudi nak tidur kat rumah kita. Nak buat macam mana juga. Hostel juga yang dia ingat. Lepas maghrib nanti Aiman hantar."
"Alahai. Tak apalah, Syira bermalam di sini saja."
"Thank you, Syira." Alya mencium pipi Syira. Dia tersenyum gembira.



Syira merenung bintang di langit. Indahnya ciptaan Tuhan. Buaian diayun perlahan. Dia langsung tidak boleh melelapkan matanya. Alya sudah lama lena dibuai mimpi di bilik.
"Syira." Syira menoleh. Dia tersenyum.
"Kenapa ?" Aiman bertanya sambil menghulurkan segelas hot chocolate kepada Syira.
Syira menyambutnya sambil tersenyum. "Mana tahu Syira suka ni ?"
"Well…..Aiman kan bang Alya. I know all about you." Dengan penuh bangganya Aiman memberitahu. Syira tergelak. Terkenang sikap Aiman semasa mereka berkawan dulu. Aiman dan Adib. Dua watak yang berbeza tapi seorang insane yang sama.
Aiman merenung wajah Syira. Lama. Senang hatinya mendengar gelak tawa Syira. Bukan senang mahu melihat Syira gembira. Dahulu wajah Syira langsung tidak berperasaan.
"Aiman, are you okey ?" Aiman mengerutkan dahinya mendengar soalan Syira. Dia menganggukan kepalanya memberikan jawapan bahawa dia okey.
Syira tergelak lagi melihat kehairanan Aiman.
"Aiman tengok Syira macam nak makan tahu tak ? Takut Syira." Aiman ketawa mendengarkan kata-kata Syira.
"Tapi Aiman tetap tak boleh nak lawan dengan mata tajam Syira. Aiman lagi takut kalau Syira renung Aiman masa Syira sedang marah. Pergh, menusuk kalbu."
"Ha, menusuk kalbu ? Syira ingatkan Aiman takut." Aiman ketawa lagi.
"Memang Aiman takut. Takut jatuh hati ba." Syira menjelirkan lidahnya.
Aiman ketawa lagi dengan gelagat Syira. Rasa bahagia dapat bersama Syira. Tengah-tengah malam pula tu. Jiwang betul.
"Syira, Aiman nak minta maaf dengan Syira."
"Kenapa pula ?"
"Aiman banyak sakitkan hati Syira." Syira geleng.
"Bukan Aiman, tapi Adib."
"Adib dan Aiman orang yang sama kan."
"Tapi Syira senang bersama Aiman."
"Adib ?"
"Syira rasa macam nak bunuh saja Adib." Aiman tergelak mendengarkan kata-kata Syira. Sudah lama dia tahu perasaan Syira pada Adib. Syira betul-betul marahkan Adib. Tapi….
"Tak bolehkah Syira maafkan Adib ? Adib buat begitu bersebab."
"Bersebab ? Sebab nak sakitkan hati Syira ? Sengaja nak seksa Syira. Mentang-mentanglah Syira jauh daripada family, sesuka hati je nak sakitkan hati Syira.Syira tahu, Syira tiada sesiapa di sini. Syira tak nak menyusahkan sesiapa." Aiman terdiam. Sudah banyak kali dia mendengar kata-kata itu apabila dirinya menjadi Aiman.
"Adib suka Syira. Dia nak uji kesabaran Syira." Syira terdiam. Lama. Akhirnya air matanya menitis. Laju. Tidak dapat disekat lagi. Selama ini dia bertahan. Akhirnya egonya runtuh juga dihadapan Adib. Selama ini dialah orang yang kuat. Tapi kini, semua itu tiada lagi. Kekuatan itu telah hilang entah kemana.
"I’m sorry." Syira diam. Dia menggeleng kepalanya perlahan.
"Adib dah dapat result daripada eksperimen dia selama ini. Syira bukanlah orang
yang kuat dan tabah."
Aiman terdiam. Kasihan dia melihat Syira. Ingin sahaja dia memeluk Syira dan mengelap air mata Syira. Namun, niatnya terhalang. Dia tidak mahu timbul masalah lain pula nanti.




Setiap hari Syira berada di depan mejanya. Menghadap bukunya. Maklumlah exam dah tak lama. Handsetnya sudah disimpan entah dimana. Dimatikan terus. Tidak mahu ada gangguan kononnya. Nanti kalau ada sebarang pesanan beritahu sahaja pada Alya. Amboi, sesuka hati dia aje. Mujurlah si Alya tu baik hati. Maklumlah bakal kakak ipar.
Wajah Syira semakin cengkung. Macam orang sakit. Bila ditanya dia akan tersenyum dan menjawab ‘aku okey ba.’
Sikap dan gelagatnya itu adakalanya merunsingkan Alya. Takut juga dilihatnya Syira yang study maut. Comfirm dapat anugerah dekan punyalah. Don’t worry. Tapi….sampai abaikan kesihatan ? Adoila, susah betul minah ni.
"Syira." Syira menoleh. Dia mengukir senyuman melihat Alya yang merenungnya.
"Syira…."
"Ya…."
"Lya risau la tengok Syira macam ni." Alya meluahkan kerungsingan hatinya.
Syira menggeleng sambil tersenyum. "Don’t worry. Syira memang macam ni kalau nak exam."
Alya menarik nafas panjang.
"Kasihan kat abang. Dia Rindu betul pada Syira."
"Rindu nak marah Syira ?" perlahan suara Syira bertanya.
Alya terdiam. Barulah dia faham, marah Syira pada Adib masih belum hilang.



Syira tersenyum puas. Usahanya selama ini tidak sia-sia. Lancar sahaja dia menjawab soalan peperiksaan. Entah betul entahkan tidak. Tak kisah lah, yang penting buku jawapan itu penuh dengan jawapannya yang berela-ela.
"Happynya." Syira tersenyum.
"Mestilah happy. Abang tak tengok ke dia jawab soalan macam mana ?" Alya menyampuk.
Aiman tersenyum panjang. Mana boleh tak tengok. Siap renung lagi. Tapi minah tu bukannya perasan pun aku dok renung dia. Syok sangat jawab soalan. Siap tersenyum-senyum meleret lagi. Dapat jawab lah tu.
"Macam mana ? Boleh jawab ?" Syira bertanya Aiman.
Aiman mengangguk sambil tersenyum. Of courselah boleh jawab. Tengok wajah Syira terus dapat jawapan. Kat wajah dia penuh dengan jawapan.
"Lya, Syira nak pergi library jap. Lya exam jam 3 kan ?" Alya mengangguk. Dia memandang Aiman sambil tersenyum. Apa lagi. Pergilah minta maaf. Manalah tahu hari ini mood dia baik dapat maafkan Adib. Aiman yang memahami isyarat Alya hanya mengangguk sambil tesenyum.


Lama dia menghadap computer. Maklumat apa yang dicarinya tidak Aiman ketahui. Aiman hanya memandang dari jauh. Bimbang Syira terganggu. Seronok melihat Syira yang gembira hari ini.
Setelah mengambil kad matriknya, Syira melangkah keluar dari perpustakaan. Tidak perasan Adib mengekorinya.
"Syira…." Syira menoleh. Dia tersenyum. Aiman menghulurkan telefon bimbitnya kepada Syira. Syira memandangnya dengan hairan, tapi tetap mengambil telefon itu. Aiman menyuruhnya membaca mesej yang tertera di handset itu.
‘Mama ridukan Syira.’ Syira tersenyum membaca mesej itu.
"Jadi ?"
"Jom, ikut Aiman balik." Agak lama Syira berdiam diri. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Memang sudah lama dia tidak berkunjung ke rumah Aiman. Sibuk betul berdating dengan buku-buku pelajarannya.
"Hm…..Alya ?"
"It’s okey. Kita pergi dulu. Nanti Alya habis exam, Aiman datang ambil dia." Terkejut Syira mendengar kata-kata Aiman. Mahu ambil Alya. Kenapa tak tunggu sahaja rajin betul mahu mengambil. Dah lah nak pergi rumah mereka mengambil masa lebih kurang 1 jam.
"Kenapa ?" Aiman bertanya.
"Jauh juga mahu ambil. Kenapa kita tak tunggu je ?" Aiman tergelak mendengarkan soalan Syira.
"Okey." Selamba Aiman menjawab sambil kaki melangkah ke arah kereta yang diparking diluar. Aiman masuk ke dalam kereta. Syira yang kehairanan masih lagi tercegat diluar.
Aiman memandang Syira yang kehairanan. Dia keluar semula dan membuka pintu untuk Syira. Syira tersenyum malu. Aiman tersengih melihat Syira yang sudah merah wajahnya.
"Sorry. Syira bukan nak suruh Aiman bukakan pintu untuk Syira. Syira Cuma hairan saja. Tadi cakap nak tunggu Alya." Aiman tergelak mendengar kata-kata Syira. Dah agak dah. Dia memang sengaja mahu kenakan Syira. Seronok pula melihat wajah Syira yang merah begitu. Menahan malu tentunya.
"Takkan kita nak tunggu kat sini."
"Jadi ?"
"Banyak soal juga Syira ni ya." Aiman mengusik. Kalau bercakap tak reti diam pula. Tapi kalau marah, senyap je. Muka toya pula tu. Geram aku dibuatnya.
Syira senyum malu.
"Syira, boleh tanya ke ?" Aiman memulakan mukkadimah.
Syira diam. Rasanya tahu apa soalan yang bakal dilontarkan oleh Aiman.
"Syira masih marahkan Adib ?" Ha kan….betul apa yang diagak. Syira diam. Tak tahu apa yang harus djawab.
"Syira……"
"Ya, Syira dengar. Syira tahu apa soalan Aiman. Syira marahkan Adib lagi ke ?" Aiman diam mendengarkan kata-kata Syira.
"Aiman, Syira jahat kan ?"
Spontan Aiman memandang Syira. "Kenapa ?"
" Syira tak tahu kenapa Syira susah sangat nak maafkan Adib. Padahal kesalahan Adib pada Syira bukannya besar sangat pun. Just marah-marah je. Perkara biasa ba tu
kan ?" perlahan Syira mengeluh. Aiman menarik nafas panjang. Dia rasa bersalah pada Syira. Amat bersalah.
"Syira Adib minta maaf. Adib minta maaf sangat-sangat pada Syira. Adib suka Syira." Aiman telahpun menukarkan kata ganti namanya kepada Adib. Syira diam. Dia memejam matanya. Lama. Di sebelahnya kini bukan lagi Aiman, tetapi Adib. Bila Adib berada di sebelahnya, bermakna dia Cuma akan mendiamkan dirinya. Tidak mahu bertekak dan malas mahu melayan Adib.
"Syira….." Adib memberhentikan keretanya di lot parking yang disediakan. Betul-betul menghadap laut. Indahnya permandangan. Laut beralun lembut. Burung-burung menyanyi keriangan.
"Syira, Adib minta maaf."
Syira membuka matanya perlahan. Wow….cantiknya. Sepanjang dia berada di sini tidak pernah dia berjumpa laut. Rindunya !
Tanpa mempedulikan Adib, Syira berlari menuju ke laut. Adib panic melihat keadaan Syira. Hatinya berdegup kencang. Tergesa-gesa dia mengejar Syira.
"Cantiknya…." Adib ketawa mendengar kata-kata Syira. Syira menoleh apabila terdengar ketawa Adib.
"Kenapa ?" Adib ketawa lagi. Tidak dapat melupakan saat-saat panic sebentar tadi.
"Adib ni. Syira tanya ba ni." Syira sudah menarik muncung. Geram dengan sikap Adib. Orang tanya buat derk je. Kalau time dia tanya, aku buat macam tu reti pula dia marah. Siap tengking lagi.
"Okey. Okey. Aik, sejak bila pula Syira pandai merajuk dengan Adib ni ?" Sempat Adib mengusik Syira. Lucu pula dia melihat wajah Syira.
Syira diam. Makin panjang pula muncungnya. Dia terus berlalu dari situ. Adib menggeleng kepalanya sambil tersenyum. Seronok dengan tidak balas Syira. Bukan macam sebelum ini, muka toya. Tiada perasaan.
"Syira, Syira tahu kan kenapa Adib gelak tadi ?" Adib bertanya setelah dapat berjalan seriringan dengan Syira.
"Panic Adib tadi tau. Adib ingatkan Syira mahu bunuh diri." Spontan Syira tergelak mendengarkan kata-kata Adib. Adib tersenyum Cuma melihat gelagat Syira. Seronok hatinya melihat gelagat Syira. Maklumlah tak pernah melihat Syira ketawa begini sebelum ini.
"Apalah Adib ni. Syira ni waras lagi tau." Syira berkata setelah tawanya reda.
Adib tidak lagi memohon maaf daripada Syira. Biarlah dulu. Mungkin satu masa nanti. Tapi bukan sekarang. Adib tidak mahu kegembiraan Syira terbang melayang.




Syira memandang wajah Aiman. Lama. Wajahnya menggambarkan kemarahan. Tapi dia Cuma diam sahaja. Macam biasa. Kalau marah, diam tentunya.
"Apa khabar, Syira. Lama betul mama tak jumpa kamu." Puan Adrianna memeluk Syira. Syira tersenyum. Manis sekali. Sampaikan Puan Adrianna tidak menyedari dia sedang marah pada Aiman.
"Abang, abang perasan tak, Syira marah abang." Alya berbisik.
Aiman mengangguk sambil tersenyum. "Tapi abang tak tahu kenapa."
"Pelik juga. Dia memang begitu ba kan." Aiman tertawa mendengar keluhan adiknya.
Mereka makan malam bersama-sama. Syira sempat menolong Puan Adrianna di dapur. Alya dengan Aiman hilang lagi. Mereka memang begitu. Kalau time masak, memang kedua-duanya lesap. Tapi kalau time, makan. Mereka dah bersedia di hadapan meja.


"Syira…." Syira menoleh. Tiada senyuman terukir di bibirnya.
"Tolong ambilkan Aiman air." Alya tersenyum mendengarkan arahan Aiman. Tiada kerja. Mahu kenakan Syira lah tu. Macamlah orang tak tahu.
"Abang tak boleh ambil sendiri ? Kasihan Syira. Penat dia tolong mama tadi."
"Ala mama ni. Masa ni la abang nak bermanja dengan Syira."
"Iya. Boleh mama tengok menantu mama ni rajin ke tak."
Puan Adrianna tersenyum. Alahai, kalau dah adik beradik. Sama sahaja perangainya. Suka kenakan orang. Syira sudah berlalu ke dapur mengambilkan Aiman air. Namun wajahnya masih juga begitu. Langsung tiada senyuman di wajahnya.
"Mama, mama tahu ke Syira marahkan abang ?" Puan Adrianna tersenyum.
"Iya ? Wow, dahsyatnya you all boleh tahu bila dia marah."
"Ala senang je nak baca dia tu. Kalau diam tandanya marah. Mama tak perasan ke dia tak bercakap lagi dengan kami." Alya menyampuk.
Puan Adrianna mengagguk sambil tersenyum.
Syira masuk dengan sedulang air. Dia meletakkan air di atas meja. Puan Adrianna memandang Syira sambil tersenyum. Bukan hanya Puan Adrianna, Alya dan Adib juga tersenyum memandang Syira. Syira tidak peduli. Dia buat dek sahaja. Terus duduk di sofa dan menonoton tv.
"Pandai-pandailah kamu ya. Mama tak masuk campur." Puan Adrianna tiba-tiba bersuara setelah lima minit mereka berdiam diri.
Alya memandang Aiman sambil tersenyum. Aiman diam. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Akhirnya, Alya memeluk Syira menyebabkan Syira terkejut.
"Syira….what’s wrong with you ?" dia berbisik di telinga Syira.
"Whats wrong with me ? Kenapa pula ?" Syira bertanya kembali. Hairan tentunya dengan soalan yang tiba-tiba.
"Kamu marahkan kami ba kan ?"
"Kenapa pula ?"
"Eleh….blah la kau. Macam la kami tak tahu. Syira……kenapa marah ?"
Syira merenung Alya. Tajam.
"Wey, ingat aku takut la tu." Syira tersenyum mendengar kata-kata Alya.
"Mama, dari sini ke U, jauh ke ?" Syira bertanya Puan Adrianna.
"Taklah. Lima minit je pun." Syira memandang Aiman. Lama. Dia mengangkat keningnya.
Aiman hairan dengan sikap Syira. Cuba memikirkan apa maksud Syira. Agak lama dia berfikir kemudian dia tiba-tiba ketawa.
"Ok Syira. Im sorry." Tiba-tiba sahaja Aiman memohon maaf.
Puan Adrianna dan Alya saling berpandangan. Amboi sejak bila pula mereka ni pandai bercakap bahasa isyarat.
"Awak buat saya takut tau." Aiman senyum lagi. Terkenangkan wajah Syira semasa hari pertama dia bawa Syira datang ke sini. Patutlah wajah dia pelik semacam je. Takut rupanya. Oh, begitu rupanya wajah takut dia.
"Kenapa awak takut saya buat apa ?" Aiman mengusik. Syira sudah pun menarik muncung. Geram.
Puan Adrianna dan Alya sudah pun tersenyum melihat gelagat mereka. Nampaknya, bunga-bunga cinta mula mekar antara mereka.





Adib merenung wajah Syira. Lama.
"Woi apa ni pandang-pandang ?"
"Amboi, kasarnya bahasa." Syira senyum. Dia sudah boleh menerima Adib. Marahnya pada Adib sudah kurang.
"Well. Its me." Selamba Syira menjawab. Adib hairan. Dia merenung wajah Syira. Lama. Syira senyum lagi. Senyum dan terus tersenyum.



"Bengang gila aku dengan mamat tu. Kalau nak gaduh, marilah. Ingat aku takut ke ?" Syira menghempaskan bukunya di atas meja. Sakit hatinya pada Irwan masih belum hilang.
Beberapa orang pelajar memandang kearah Syira. Syira memang begitu. Sudah biasa sangat dengan sikap Syira. Pantang ada yang membuatnya marah dan sakit hati, gaduh adalah jalan penyelesaiannya. Sudah banyak kali keluar masuk bilik disiplin. Tetapi sikapnya tetap tak berubah. Masih juga begitu. Cepat panas dan degil.
"Syira kau dah siap ke add math ? Pinjam." Syira menghulurkan buku latihannya kepada Suriani. Setelah mengambil buku itu, cepat-cepat dia berlalu dari situ. Bimbang kemarahan Syira terkena padanya.
"Irwan………." Syira menjerit memanggil nama Irwan setelah menyedari lelaki itu berada di dalam kelasnya.
"Buat apa kau disini. Keluar ! Aku tak mahu tengok muka kau." Dia menjerit kuat. Irwan langsung tidak mempedulilkan marah Syira. Hairan pun tak dengan suara Syira yang lantang.
Syira bengang lagi dengan sikap Irwan. Dia melangkah menghampiri Irwan dengan wajah yang garang.
"Woi, kau pekak ke ha ? Aku cakap keluar dari sini. Ini bukan kelas kau. Blah la wei." Syira menjerit kuat di telinga Irwan.
Irwan menoleh. Dia menentang pandangan tajam Syira.
"Aku tak cari fasal dengan kau. Jadi, kau jangan cari fasal dengan aku."
"Tak cari fasal ? Kau dah langgar aku sampai semua buku aku masuk longkang. Lepas tu fail aku basah kena air. Habis semua kerja kursus aku yang kena hantar hari ini, basah. Kau cakap kau tak cari fasal dengan aku ?"
"Jadi ?"
"Hantu kau Irwan. Kau sengaja nak suruh aku fail kan." Syira sudah menolak bahu Irwan. Marahnya masih belum hilang. Mana tidaknya, tidak tidur dia siapkan kerja kursus itu, tiba-tiba hari ini tidak boleh dihantar pula kerana terkena air. Bukan sedikit. Lencun semuanya. Lembik terus kertas itu. Free-free sahaja markah dia kena tolak nanti.
Helmi menarik tangan Irwan keluar dari situ. Dia tahu sebantar lagi pergaduhan tentunya berlaku antara Syira dengan Irwan.
"Arghhhhh…………" Syira sudah menjerit kegeraman.




Syira dipanggil Puan Nalia lagi. Ini sudah masuk kali kelima dia menjadi tetamu Puan Nalia.
"Syira. Result exam kamu bagus. Kedatangan kamu bagus. Kamu memang pelajar yang pintar. Tapi….." Puan Nalia memulakan kata-kata.
"Irwan yang cari fasal dengan saya. Saya tak tidur malam siapkan semua itu. Tapi dia, senang-senang sahaja. Bukan sekali cikgu. Dah banyak kali. Dia memang dengki dengan saya."
Puan Nalia tersenyum.
"Sabar Syira. Kamu tahu, sabar itu pahit tetapi hasilnya manis." Syira diam. Matanya sudah berair. Dia tahu, dia banyak buat hal sepanjang berada di sini. Ini semua kerana dia tidak dapat mengawal marahnya. Semuanya kerana marahkan Irwan. Dia tidak tahu kenapa Irwan gemar mencari fasal dengannya.
"Saya tak tahu nak buat macam mana lagi cikgu. Irwan selalu cari fasal dengan saya. Saya benci dia."
Puan Nalia menggeleng. "Marah bukan jalan penyelesaiannnya, Syira."
Hampir dua jam Syira dibasuh oleh Puan Nalia. Sebaik sahaja Syira keluar dari bilik Puan Nalia, Irwan sudah sedia menunggu. Tentunya kini giliran dia pula dibasuh oleh Puan Nalia.


"Kenapa Syira ?" Irwan bertanya setelah dilihatnya Syira kelam kabut mencari sesuatu di dalam kotak penselnya.
"Aku lupa bawa pensel. Macam mana aku mahu jawab ni ?" Syira menarik nafas panjang. Matilah. Soalan objektif memerlukan dia menghitamkan jawapan dengan pensel. 60 soalan pula tu. Gila. Takkan tak jawab. Alahai.
Irwan menghulurkan sebatang pensel kepada Syira.
"Thanks." Pantas Syira menyambut pensel daripada Irwan.


"Thank you Irwan. Kalau tak ada pensel kau ni, tentunya aku dah fail." Irwan Cuma tersenyum.
"Kau marah aku lagi ?" Syira senyum. Lama. Kemudian dia menggeleng.
"Kita kawan."
"Tak. Kita musuh." Selamba Syira menjawab. Wajah Irwan berubah. Syira ketawa. Sengaja dia kenakan Irwan.
"Aku gurau je la. You are my friend."
"Thank you. Aku minta maaf. Selalu buat kau marah. Kau ni garangkan ?" Syira Cuma ketawa mendengarkan komen Irwan.



Hubungan mereka semakin hari bertambah baik. Tamat alam persekolahan tidak menamatkan perhubungan mereka. Mereka selalu memancing bersama-sama. Tak sangka Syira dan Irwan mempunyai hobi yang sama. Memancing di tengah malam. Selalu juga Syira mengikut Irwan memancing. Tetapi bukan dia seoranglah. Gila kalau dia seorang. Kak Wani, kakak Irwan selalu mengikut mereka. Menjadi penyibuk tentunya.
"Syira……" Suara ditalian kedengaran cemas. Suara itu menakutkan Syira.
"Ya."
"Irwan kemalangan. Dia di HBKT sekarang."




Air mata Syira menitis melihat keadaan Irwan. Teruk. Kepala Irwan berbalut. Matanya lebam. Calar balar penuh dimuka. Kata Kak Wani, kepala Irwan berjahit.
Motorsikal yang ditunggang Irwan bertembung dengan lori. Irwan tercampak 2 meter dari motornya. Kata Kak Wani, Irwan dalam perjalanan pulang setelah membeli hadiah untuknya. Sempena hari jadinya yang ke 18.
Kak Wani melarang Irwan keluar kerana Irwan tidak sihat. Tapi Irwan berdegil juga. Maklumlah dia telah menjemput Irwan kerumahnya untuk majlis hari jadinya pada malam ini. Irwan tidak mahu datang dengan tangan kosong.


Syira merenung di kejauhan. Kini dia bersendiri di situ. Kalau dahulu dia bersama Irwan. Sama-sama memancing. Berbual-bual sambil menunggu pancing. Adakalanya, Irwan mengusiknya tentang cerita-cerita hantu laut. Wajahnya akan berkerut ketakutan. Kemudian, mereka sama-sama makan ikan bakar. Alangkah indahnya kenangan itu.
Syira memegang hadiah pemberian Irwan. Air matanya menitis lagi. Sebatang pen pemberian Irwan betul-betul menyentuh hatinya. Pen yang menyebabkan pergaduhan pada kali pertama. Pen kegemarannya. Dicuri Irwan. Kemudian Irwan menghadiahkan pen yang sama berserta pen yang dicurinya dahulu.
Sebenarnya Irwan sengaja mencuri pen itu sebab Irwan mahu manarik perhatiannya. Irwan suka padanya. Tapi dia yang tidak faham. Dia geram apabila Irwan selalu menganggu dirinya. Bukan sahaja dimarah, malah Irwan selalu kena tengking. Kalau setakat bergasak dengan Irwan, itu perkara biasa.
Semua ini dia tahu daripada Kak Wani. Alahai, Irwan. Kenapalah tak beritahu awal-awal. Kalau tahu awal-awal kan senang. Tak payahlah aku keluar masuk bilik kaunseling. Kasihan Irwan.
Syira tersenyum hambar mengenangkan hubungan mereka yang baik setelah Irwan meminjamkan penselnya semasa exam. Manis. Seronok dan penuh dengan kebahagiaan. Irwan baik. Bukan seperti apa yang dia sangka. Tapi….semua itu hanyalah kenangan. Kenangan yang tak mungkin berulang bersama Irwan. Air matanya menitis lagi.



Aiman diam. Mengerti dia kini kenapa Syira tidak pernah membalas dan menunjukkan kemarahannya pada Adib. Syira tidak mahu tersilap lagi. Dia menyesal melayan Irwan begitu.
"Syira sayang Irwan ?"
"Hm….entahlah. Tapi, kadang-kadang kasihan juga pada dia. Free-free je kena sembur dengan Syira. Sometimes bukan silap dia pun. Syira sengaja cari dia dan marah dia. Hehehe. Lepaskan kemarahan pada dia. Jahat kan ?" Aiman senyum mendengar cerita Syira. Rasa macam tak percaya Syira ni pemarah orangnya. Bukan setakat pemarah, kaki gaduh lagi tu. Dahsyat juga minah ni.
Syira gelak sendiri mengenangkan sikapnya dahulu. Jauh beza. Kalau diceritakan sikapnya di sini tentunya kawan-kawannya tidak percaya.
"Er, hm…Syira sudah maafkan Adib ?"
Syira angguk sambil tersenyum. "Iya. Don’t worry. Lagipun Adib tu bukan jahat sangat kan." Syira mengangkat keningnya. Aiman ketawa melihat gelagat Syira. Baru dia kenal Syira yang sebenar. Kuat mengusik rupanya.
"Best kan buat orang marah ?" Syira menyakat lagi.
Aiman mengangguk sambil tersenyum. "Iya. Best sangat bila tengok wajah Syira masa tahan marah. Yang paling best bila Syira terus blah tanpa kata."
"Lagi ?"
"Syira tetap tak boleh sembunyikan marah Syira. Adib tahu bila Syira marah."
"Yalah. Bila Syira marah, Syira terus blah kan. Memanglah Adib tahu."
"Bukan itu saja, bila Syira marah. Walaupun wajah Syira tidak menggambarkan kemarahan tetapi tangan Syira tak boleh sembunyikan kemarahan itu. Tangan Syira akan menggigil. Jelas lagi bila Syira pegang something. So for the conclusion, kalau tengah marah jangan pegang something." Syira tergelak besar mendengar penerangan Adib. Pergh, pekanya dia. Semua tahu. Aku sendiri pun tak sedar bila aku marah tangan aku menggigil.
"O……semua check yek. Bagus betul. Prihatin." Adib tergelak mendengarkan kata-kata Syira. Seronok yang teramat sangat apabila Syira sudah boleh menerima kehadiran dirinya dan tidak lagi marah padanya.
"Syira, I want u know something about me."
"Tak payah cakap. Syira dah tahu." Selamba Syira menjawab membuatkan wajah Adib berubah. Malu juga dia apabila niatnya sudah diketahui Syira.
"Apa yang Syira tahu ?" pantas dia bertanya. Ingin mendapatkan kepastian tentunya.
"Syira tahu apa yang Adib mahu beritahu Syiralah." Syira ketawa. Adib menggigit bibirnya. Geram dengan sikap Syira. Syira memang begitu. Suka membuatkan dia geram. Kalau dulu geram kerana tiada respon daripada Syira apabila dimarahi, tapi kini geram kerana Syira suka kenakan orang.
"Syira……!!!!!"
"Alahai, dia dah mula dah. Nak marah ke ? Kalau nak marah Syira nak beritahu mama." Syira mengusik lagi. Seronok pula dia dapat mengusik Adib kali ini.
Aiman diam. Lama. Kemudian dia tersenyum apabila Syira menayang muka toyanya. Langsung tidak berasa bersalah.
"Ok. Ok. Apa yang Syira tahu ? Serius."
"Hehehehe. Syira tahu Adib ni pemarah kan ?"
"Itu je yang Syira tahu ?"
"Iya." Adib senyum. Ni mesti kes nak pekenakan orang ni. Punyalah confident dia cakap. Rupanya itu sahaja yang dia tahu.
"Syira nak tahu tak ni." Syira senyum. "Tak nak." Selamba dia menjawab. Sengaja mau membuatkan Adib geram.
"Tak nak tahu sudah." Sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya, Adib terus berlalu dari situ.
"Adib…………." Adib menoleh. Dia mengangkat keningnya.
"Apa ?" Sepatah soalan itu meluncur keluar dari bibir Syira.
"I love you." Syira terdiam mendengarkan kata-kata Adib. Boleh percaya ke mamat ni. Tidak lama kemudian Syira tersenyum.
"Boleh percaya ke ? Adib ni….."
"I’m serious. I really love you."
"I love you too." Selamba Syira membalas dan terus berlalu dari situ. Adib pula yang terpinga-pinga di situ.




Alya merenung wajah Syira. Lama. Syira yang asyik berkemas mahu pulang ke kampung halaman langsung tidak memandang wajah hairan Alya. Keseronokan untuk pulang ke kampung mengatasi segalanya. Sampaikan Alya yang memandangnya hairan pun tidak disedari. Kalau tak, sibuk dia bertanya kenapa Alya memandangnya begitu.
Panggilan telefon mengejutkan Syira. Pantas dia mencapai handsetnya di atas meja. Bibirnya tersenyum lebar melihat nama pemanggil. Adib Aiman. Namun senyumannya mati setelah tidak sempat menjawab panggilan itu.
"Ish miss call je. Orang sibuk ba ni." Alya tersenyum melihat gelagat Syira. Pantas dia menghantar mesej pada Aiman. Report la tu. Macam la dia tak tahu pemanggil tu Aiman. Dengar ring tone pun dia tahu siapa yang call.
"Syira, are you serious ?" tiba-tiba sahaja Alya bertanya.
Syira memandang Alya kehairanan. Apa kena pula minah ni. Tiba-tiba je. Tak ada mukkadimah langsung, terus je tanya orang. Macam mana juga aku nak jawab.
"Serious apa ?"
"Hm……" Alya diam. Tak tahu macam mana mahu cakap.
"Oi, mak cik." Alya sengih mendengar panggilan Syira.
"Em….macam mana mahu tanya yek. Kau sayang abang ?" Syira senyum.
"Em….macam mana mahu jawab yek." Syira ketawa setelah melihat wajah Alya yang sudah berubah mendengarkan jawapannya.
Syira memeluk Alya dan mencium pipi Alya. Kemudian dia melangkah keluar dari bilik. Tahu Alya mesti geram pada dirinya.

Hari minggu begini memang ramai orang di pusat beli belah. Kebanyakannya remaja tentunya. Apa lagi yang mereka buat kalau tidak melepak.
Letih berdiri Syira duduk di atas kerusi panjang yang disediakan di situ. Matanya meliar mencari Alya. Minah ni tak reti duduk diam. Hilang sahaja. Semasa Syira asyik bercakap telefon Alya hilang tidak dapat dikesan.
"Hello…" Syira menoleh. Terperanjat dia dibuatnya. Mujur sahaja dia tidak pengsan di situ. Adib senyum melihat keadaaan Syira.
"What are you doing here ?" Syira bertanya setelah rasa terkejutnya reda.
"Jumpa Syira la." Lama Syira merenung Adib. Ni mesti dah berpakat dengan Alya ni.
"Mana Lya ?" Adib senyum Cuma mendengarkan soalan Syira. Dia tahu Syira tahu itu adalah rancangan dia dan Alya. Itulah susah sangat nak ajak jumpa. Setelah peristiwa hari itu, Syira langsung tidak mahu berjumpa dengannya. Segan agaknya. Itulah selamba je cakap suka kat orang. Terkedu pula aku dibuatnya.
Syira merenung Adib. Tajam dan lama. Menggelebah Adib dibuatnya. Kemudian Syira tergelak. Best juga tengok Adib menggelabah popeye. Hehe.
"Syira, Adib rindu sangat pada Syira." Syira terdiam. Gelaknya mati di situ sahaja. Kali ini Adib pula menahan tawa melihat wajah Syira yang sudah kemerahan menahan malu.
"Syira," Perlahan Adib memanggil.
"Ya."
"Betul ke Syira suka Adib." Syira diam. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan Adib. Agak lama dia berdiam. Tiba-tiba sahaja datang idea ingin mengusik.
"Erm….actually, Syira………Syira benci Adib." Berubah wajah Adib mendengar kata-kata Syira. Belum pun sempat Syira meneruskan kata, Adib melangkah pergi. Meninggalkan Syira sendiri lagi di situ.
Syira mengeluh. Alahai. Itulah siapa suruh cakap macam tu. Susah sangat ke mahu cakap Syira sukakan Adib.
Syira mengejar Adib. Langkahan kakinya dipanjangkan semata-mata mahu mengejar Adib sebelum Adib hilang dari pandangan.
"Adib…..tunggu Syira. Syira belum habis cakap ba."
Adib menoleh. "Tak perlulah Syira ucapkannya lagi. Adib tak sanggup mendengarnya. Cukuplah Syira tahu yang Adib sayang Syira." Adib ingin melangkah pergi, namun sebelum sempat dia melangkah Syira menarik tangannya.
"Syira sukakan Aiman." Adib diam. Lama dia merenung wajah Syira. Mata mereka bertentangan.
"Betul ?" Syira mengangguk perlahan.
"Thanks Syira. Jangan tinggalkan Adib tau." Syira tersenyum Cuma mendengarkan kata-kata Adib. Gembiranya hati Tuhan sahaja yang tahu. Itulah jangan benci orang nanti orang tu la yang kita sayang. Adoi ma.
"Jom kita bagitahu adik ipar Syira. Tentu dia orang yang paling happy." Adib menarik tangan Syira untuk mencari Alya yang entah dimana.

No comments: