Wednesday, August 6, 2008

KATA-KATA HIKMAH BERGAMBAR





















SMILE :)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

HADIS

Tiga hal diantara akhlak ahli syurga adalah
memaafkan orang yang telah menganiayamu,
memberi kepada orang yang mengharapkanmu
dan berbuat baik kepada orang yang berbuat buruk kepadamu.
-Sabda Nabi Muhammad S.AW-

Rasulullah S.A.W bersabda,
"Jika ada diantara kamu yang ingin menasihati seseorang,
hendaklah kita menggunakan cara yang berhikmah,
bukan dengn maki hamun
dan caci cela
dan jika dia masih enggan berubah
hendaklah kamu gunakan dengan sedikit kekerasan
dan bukan dengan melampaui batas
jika kamu orang yang mengetahui.

MUTIARA HIKMAH

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai
tetapi ia bergantung kepada kelakuan akhlak dan budi pekerti.
-Saiyidina Ali bin Abi Talib-

Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya,
tumbuh di tepi jalan.
Dilempar buahnya dengan batu,
tetapi tetap dibalasnya dengan buah.
-Saidina Abu Bakar As Sidiq-


Alangkah buruknya kepapaan,
kalau aku mengadu aku malu,
kalau aku berdiam diri,
aku binasa.
-Saidina Ali bin Abi Taib-

Jangan berkawan dengan orang yang tamak
kerana pada zahirnya dia ingin membahagiakanmu
tapi hakikatnya dia akan mencelakakan.
Jauhilah bertaman dengan pembohong
kerana ia boleh manjadikan
orang yang dekat lari daripadamu
dan sebaliknya.
Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil
kerana ia akan melupaimu
diwaktu kamu sangat memerlukannya
dan jauhlah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat
kerana ia tidak malu
untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah.
-Saidina Ali bin Abi Talib-


Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong
namun pandangan mata,
hayunan kedua belah tangan,
langkah kedua belah kaki badan
akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah.
-Khalifah Ali bin Abi Talib-

Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki.
Tetapi jika mereka teguh memegang amanah
dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya,
itulah lelaki yang sebenarnya.
-Khalifah Umar bin Al Khattab-


MUTIARA HIKMAH

I lmu itu lebih baik daripada harta.
Ilmu menjaga engkau
dan engkau menjaga ilmu.
Ilmu itu penghukum (hakim)
dan harta terhukum.
Harta itu kurang apabila dibelanjakan
tapi ilmu bertambah apabila dibelanjakan.
-Saiyidina Ali bin Abi Talib-


Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya,
dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.
-Saiyidana Ali bin Abi Talib-


Orang tetap akan menjadi ahli ilmu yang sejati
selama dia mashi menuntut.
Tetapi apabila pada suatu hari dia berkata.
"Aku sudah pintar,"
maka sesungguhnya
dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya.
-Luqman Al-Haqim-


Jangan putus asa jika otak tumpul
dan akal kurang cerdas.
Kadang-kadang seorang yang tumpul otaknya
tetapi tidak putus asa
lebih maju daripada seorang yang cerdas
tetapi pemalas.
-HAMKA-


Wang belum terbukti membuatkan manusia bahagia,
sama ada sekarang atau akan datang.
Lebih banyak simpanan hartanya,
lebih besar kemahuan dan tekanan untuk menambahnya.
Malah, harta akan menambah
ruang-ruang kosong dalam jiwa seseorang.
-BEN FRANKLIN-


Tuesday, August 5, 2008


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

MUTIARA KATA -FOKUS-


Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,
jangan engkau tinggalkan dia kerana sekali membongkok
dan sekali dia akan melurus, manusia tidak pernah sunyi
daripada melakukan kesilapan.



FOKUS SPM FEBRUARI 05

Dosa yang paling keji terhadap rakan
bukanlah membenci mereka
tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka.

Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan,
tanpa persahabatan percintaan akan berakhir
tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal.
Oleh itu
hargailah persahabatan yang terjalin.


Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan,
Sahabat sejati menjadi pendorong impian,
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Monday, August 4, 2008

IKATAN TUDUNG

MUTIARA KATA -HAMKA-

Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. (Hamka).


Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. (Hamka).


Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. (Hamka).


Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak. Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai. Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. (Hamka).


Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah. Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak. Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. (Hamka).



Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka).


Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. (Hamka).


Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).


Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. (Hamka).


Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. (Hamka).


Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan". (Hamka).


Akal membentuk budi, membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran. (Hamka ).


Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia. Akal tidak diberikan semata-mata. Ia perlu dituntun. (Hamka).


Salah satu tugas agama ialah memelihara akal. Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir, merenungkannya. ( Hamka).


Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan. Hawa nafsu menyuruh mengelamun, berangan-angan, tetapi akal menyuruh menimbang. (Hamka).


Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita. Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. (Hamka).


Sewaktu kecil anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya, kerana dia tupuan harapan, maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya. (Hamka).


Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa. (Hamka).

Dalam seni bahasa kita, adalah ‘kunci’ kata-kata itu yang harus diperhatikan. Disinilah terletak halusnya, walaupun hanya empat atau lima baris. (Hamka)

Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik. (Hamka).

Bangsa yang memperkosa hak bangsa lain atau orang yang memperbudakkan sesama manusia telah melakukan kesalahan. Tetapi kesalahan tidak boleh ditimpakan kepada si gagah sahaja yang dijajah dan diperkosa atau diperbudak turut bersalah. Mengapa mahu dijajah? Orang lain tidak dapat menolong kalau yang dijajah telah menggalangkan batang leher sendiri untuk disembelih. (Hamka).

Orang yang merasai menang sementara kerana menentang kebenaran, tetapi kebenaran itu akan mentertawakannya juga. (Hamka)

Tidak semua orang yang menolak kebenaran itu tidak tahu bahawa yang ditolakkanya itu benar. (Hamka).

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan. (Hamka).

Tiga rukun yang benar dan perlu dalam mencapai utama iaitu dengan tabiat, dengan pengalaman dan dengan pelajaran. Adapun musuh yang sentiasa menghalangi manusia mencapai keutamaan ialah hawa-nafsu yang menyebabkan marah dengki. (hamka).

Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran tidak dapat dibatasi. (Hamka)

Katakanlah yang benar dan adil, sebab benar dan adil adalah satu. (Hamka)

Kesombongan tidak dapat bertahan di hadapan kesombongan. (Hamka)

Yang benar tidak terikat dengan waktu. (Hamka).

Orang yang sengaja menyorokkan kebenaran adalah orang yang lemah. (Hamka).

Kalau nyata bahawa harta benda tidak dapat menangkis sakit,tidak dapat menolak demam, tidak dapat menghindarkan maut, nyatalah bahawa kesusahan yang menimpa orang kaya, serupa dengan kesusahan yang menimpa orang miskin. (Hamka).

Jika nasihat orang gila itu bagus, orang berfikiran waras tentu akan melaksanakannya. (Hamka)

Marilah kita bekerja, beramal dan membangun negara dengan besar hati dengan wajah yang gembira dan muka berseri. Kita mulai usaha kita dengan sekadar tenaga yang kita miliki. Dan jangan bernita supaya beres dan selesai di tangan kita juga atau pada aman kita juga. (Hamka)

Kegunaan harta tidak dimungkiri. Tetapi ingatlah yang lebih tinggi ialah cita-cita yang mulia.(Hamka)

Keinginan kepada harta tidak terbatas,padahal hidup sendiri terbatas. Kalau manusia tidak membataskan seleranya sampai matinya dia tidak merasa puas apa yang ada. (Hamka)

Hidup mewah merosak jiwa dan bangsa.Kemewahan menjadi bibit yang memundurkan jiwa. Ukuran mewah atau belum mewah adalah ukuran kesihatan jiwa masyarakat berfikir. (Hamka).

"Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan " [Hamka]

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.




MUTIARA KATA IMAN GHAZALI


Jika anda berada dalam jamuan di rumah orang hendaklah menjaga perangai dan menjaga mata; dalam solat menjaga hati; dan dalam pergaulan menjaga lidah.


Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan ...... Bukan pada manisnya ucapan di bibir... Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....

Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak.

Barangsiapa yang memilih harta dan anak - anaknya daripada apa yang ada di sisi Allah, nescaya ia rugi dan tertipu dengan kerugian yang amat besar.


Barangsiapa yang menghabiskan waktu berjam - jam lamanya untuk mengumpulkan harta kerana takutkan miskin, maka dialah sebenarnya orang yang miskin.