Wednesday, August 6, 2008

MUTIARA HIKMAH

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai
tetapi ia bergantung kepada kelakuan akhlak dan budi pekerti.
-Saiyidina Ali bin Abi Talib-

Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya,
tumbuh di tepi jalan.
Dilempar buahnya dengan batu,
tetapi tetap dibalasnya dengan buah.
-Saidina Abu Bakar As Sidiq-


Alangkah buruknya kepapaan,
kalau aku mengadu aku malu,
kalau aku berdiam diri,
aku binasa.
-Saidina Ali bin Abi Taib-

Jangan berkawan dengan orang yang tamak
kerana pada zahirnya dia ingin membahagiakanmu
tapi hakikatnya dia akan mencelakakan.
Jauhilah bertaman dengan pembohong
kerana ia boleh manjadikan
orang yang dekat lari daripadamu
dan sebaliknya.
Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil
kerana ia akan melupaimu
diwaktu kamu sangat memerlukannya
dan jauhlah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat
kerana ia tidak malu
untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah.
-Saidina Ali bin Abi Talib-


Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong
namun pandangan mata,
hayunan kedua belah tangan,
langkah kedua belah kaki badan
akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah.
-Khalifah Ali bin Abi Talib-

Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki.
Tetapi jika mereka teguh memegang amanah
dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya,
itulah lelaki yang sebenarnya.
-Khalifah Umar bin Al Khattab-


No comments: