Monday, February 2, 2009

HAKIKAT ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

HAKIKAT ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Jika suami anda menyendiri dan
menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam
keadaan tertekan. Boleh jadi ada
tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi
oleh kereta yang dimilikinya, atau
boleh jadi beberapa kerenah anda yang
menjadi menyebabnya.

Apabila lelaki menyendiri, kita boleh
simpulkan dia sedang tertekan, berbeza
dengan anda, dalam keadaan tertekanlah
segala rahsia akan diceritakan. Anda
melakukan begitu untuk meraih simpati.

Meskipun begitu, usahlah risau, ia
sekejap saja. Emosi pada orang lelaki
umpama getah, sekejap saja telah
kembali ke bentuk asal walaupun
tadinya terhenyak pipih. Berbeza
dengan anda bukan? Tatkala anda
tertekan, emosi anda umpama ombak.
Ombak memang tidak pernah reda, kalau
reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan
berdiam diri, biasanya disebabkan
imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja
untuk tempoh-tempoh tertentu.
Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk.
Kadang-kadang lelaki hanya
perlukan 'tempoh bertenang' sebelum
mengambil langkah seterusnya. Anda
kelam-kabut, maka itu anda mudah
marah, cemburu dan merajuk apabila
berdepan dalam situasi begini. Ohhh,
itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan
diri apabila menghadapi kesukaran,
berbeza wanita biasanya cukup risau
dalam keadaan demikian. Dan usah risau
sangat kalau lelaki anda cuba
berjauhan dari anda dalam keadaan-
keadaan demikian sebab semula jadinya
lelaki terasa selesa berjauhan dengan
keluarga. Ini tentu berbeza sekali
dengan anda, yang suka dan berasa
tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti
kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan
perbezaan yang ketara antara lelaki
dengan wanita, agar apabila disatukan,
terjalinlah satu bentuk kekuatan
lantaran saling sempurna
menyempurnakan - lengkap melengkapi.
Semua kekurangan isteri akan dipenuhi
oleh suami dan semua kekurangan suami
akan dipenuhi pula oleh isteri.


Lihat perbezaan sebagai sebab untuk
sempurna menyempurnakan bukan jurang
kedegilan untuk tidak mahu memahami.


Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada
rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan
airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala
teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah
menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas
kemuliaan hati. Seluruh kecantikan
yang ada pada Nabi Muhammad adalah
kecantikan yang sempurna seorang
lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada
pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan
perasaan.

Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima
sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada
kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung
kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta
agar dipenuhi segala keinginan.
5)wanita yang melebih-lebihkan suami dari segala-galanya
6)wanita yang setia dan jujur pada suami


Kegagahan perempuan berdiri di atas
teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan
sempurna bagi seorang perempuan.

No comments: