Monday, February 2, 2009

KOLEKSI LAWAK

Koleksi lawak

Lawak 1

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri... .

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi... . semua orang memanggilku Aisyah... ."

Lawak 2

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg! "Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai- ramai!"


Lawak 3

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.

Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.

"Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai... "

Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"
Jamal menjawab, "Err... . Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!"

Lawak 4

Terdapat 3 orang gila yg mengambil ujian perlepasan hospital . lalu doktor itu bertanya kepada org gila yg pertama, "apa yg kau mahu bawa jika berada di gurun", orang gila itu menjawab 'payung, sebab kalau panas saya boleh berteduh' . Lalu org gila itu dilepaskan

Doktor itu menanya soalan yg sama kepada org gila kedua, lalu dia menjawab " saya akan bawa air, sebab kalau saya haus saya boleh minum" lalu org gila itu dilepaskan.

Doktor itu menujukan soalan yang sama kepada org gila ketiga lalu dia menjawab" saya akan bawa pintu kereta sebab kalau panas saya boleh menurunkan cermin tingkap... " lalu org gila itu dimasukkan kembali ke hospital"

Lawak 1

Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.

Lawak 2
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,"Ala... releks le, aku ni kan anjing laut."

Lawak 3
Seorang ator membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Lawak 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih."
Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Lawak 5

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,"Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami."
"Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu... ."

No comments: