Sunday, October 19, 2008

Oca....

Izlan sahabat yang paling baik dan rapat denganku. Selalu membantu aku terutamanya bila laptop kesayangan aku menimbulkan masalah. Alahai, kalau dah perempuan tu perempuan la jugak. Aku tak berapa nak tahu pasal computer ni. Dari sekecil-kecil benda sampai la sebesar-besar kompenen, tak pernah aku ambil tahu. Yang aku tahu, laptopku membantu aku menyiapkan semua assignment yang diberikan lecturer aku. Tak lupa juga sebagai teman sejatiku dikala aku kebosanan dan ketensenan menghadap buku dan kerja yang bertimbun-timbun. Apa yang laptop aku mampu lakukan ? Provide a lot of games untuk aku release tension. Ahakz.
Cerita tentang Izlan, dah lama aku tak jumpa dia. Alahai rindunya. Tak de chance nak jumpa. Iyalah, aku belajar nun jauh di sana. Izlan pula sudah habis belajar dan sekarang bekerja di salah sebuah company kat tanah tumpah kelahirannya. Dah hampir 4 tahun kami berkawan dan hampir setahun aku tidak berjumpa dengannya. Bagaimanalah agaknya dia sekarang. Adakah dia sudah mempunya kekasih hati atau ….alamak aku melalut pula…kalau dia ada kekasih hati pun, sebagai seorang kawan aku tumpang gembira dan bahagia…ayarkz….betul ke…
“Oi….berangan…” hampir terjatuh laptop di ribaku. Mujur sahaja belum terhempas. Kalau tidak ada yang menangis tak berlagu karang
“Amoi….tak reti nak bagi salam ke sayang oiiiii.” Lola tersengih macam kerang busuk menunjukkan barisan giginya yang putih bersih.
“Assalamualaikum cik Oca. Buat apa tu ?”
“Cuci kain.” Selamba Oca menjawab. Sudah pun nampak dia meriba laptop dan menaip assignment, lagi mau tanya.
Lola sengih lagi.
“Ca…..ko bz ke ? Jom pergi makan. Aku lapar la…” Lola mengajak sambil memengang perutnya. Oca memandang jam ditangan. Pukul 12. Padanlah Lola ajak aku lunch. Lola ni memang tepat pada waktu. Time lunch dia tak pernah lajak kecuali kalau kami ada kelas. Lepas aje kelas, laju je dia melompat atas bas menuju ke cafe untuk mengisi perutnya. Betullah budak ni. Sampai aku pun ditinggalkan.



Laju jemariku menaip bait-bait ayat untuk menyiapkan assignment ku. Sudah seminggu aku tidak tidur malam semata-mata mahu menyiapkan assignment yang satu ini. Mujurlah assignment yang lain sudah setel. Itulah siapa suruh buat kerja last minute. Na…sekarang siapa tak boleh tidur…awak jugak.
Deringan telefon mengejutkan aku. Pantas aku mencapai dan menjawabnya.
“Hello,”
“Hello….ya siapa ni ?”
“Kakkkkkkkk…..bila balik. Nea rindu akak la…” kedengaran suara Nea di hujung talian.
“Oh….tak lama lagi akak balik la dik. Erm…awal bulan 11 gitu. Habis exam akak terus balik. Nea ada apa-apa nak kirim tak ?”
“Hehehe….tak de la kak. Nanti akak balik sini dating rumah tau. Nea rindu sangat kat akak.” Aku tersenyum. Nea jeke rindu akak ? Abang Lan rindu akak tak ? Mahu sahaja aku bertanya, namun semua itu Cuma didalam hatiku. Kami berbual lebih kurang 15 minit. Sebeluum meletakkan telefon sempat Nea sampaikan salam rindu mamanya padaku. Argh…..Cuma Nea dan Mamanya yang rindu akan diriku. Bagaimana dengan Izlan. Tiada langsungkah rindu Izlah untukku. Ah….perasan sahaja aku ini. Mana mungkin Izlan mahu merinduiku sedangkan anatra kami tidak ada hubungan apa-apa. Sekadar kawan. Diulang, sekadar kawan. Tapi, tak bolehkah kawan merindui kawannya. Ocaaaaaaaa……………….cukupppppppppp….jangan fikirkan lagi.



Ferraro Roche terletak elok di atas meja study Oca. Di sebelahnya sejambak mawar merah untukku. Hampir setiap hari dia menerima benda yang sama. Sudah penuh biliknya dengan mawar merah. Di atas meja study, atas rak, tepi katil, atas almari semua mawar merah. Yang peliknya semua barang-barang itu sampai di atas mejanya. Siapa yang berani masuk ke biliknya.
Oca malas mahu memikirkan semua itu. Bagus juga hari-hari dapat coklat free. Kenyang perutnya. Dia mencapai fail dan meninggalkan bilik menuju ke kelas.
“Ca, nah buku kau.” Edry menghulurkan buku Oca yang dipinjamnya.
“Ma ceh.” Oca menyambut dan tersenyum.
“Ca, tengok wayang jom.”
“Bila ?”
“Ahad ni.”
“Ala….ahad ni tak dapat la Ry. Sorry ea. Aku belum lagi study TPD.”
“Kau kan terror. Bukan test pun. Quiz je pun. Lagipun 2 topics only da”
“Banyaklah aku punya terror. Next time la ea.” Jawapan Oca membuatkan Edry sedikit kecewa. Alahai susahnya mahu tackle minah ni.
Kelas berjalan seperti biasa. Seperti biasa laju sahaja Oca menyalin nota-nota daripada Madam Alayshia. Kalau lambat salin, alamat misslah nota-notanya. Madam Alayshia ni bukannya suka bagi nota kat student pun.


Malam itu, Oca bersama-sama bukunya. Study. Mejanya penuh dengan kertas yang berwarna warni. Membuat nota tentunya. Alat tulis juga berhampuran di meja. Kata orang, kalau nota warna warni senang nak ingat. Seronok nak baca. Begitu juga Oca. Sejak dibangku sekolah menengah lagi dia mempraktikkan cara itu. Notanya memang cun habis. Sebab itulah Edry selalu meminjam. Bukan hanya Edry yang ingin meminjam. Ramai lagi teman lain yang ingin dipinjam. Tapi dia serik. Teman yang lain tidak seperti Edry. Habis semua nota-notanya. Sudah dipinjam mereka pindah milik jadi hak mereka. Alahai….
Tingtong….
Oca mencapai handsetnya.1 massage received. Dia menekan button Ok.

‘Ca, sorry ganggu. Kau buat apa tu ?’

Mesej dari Edry. Dia tidak membalasnya tetapi terus sahaja mematikan handphonye. Kalau tidak berbuat demikian Edry tentu akan menghubunginya dan mengganggunya. Masih tinggal beberapa muka surat yang perlu dihabiskan sebelum dia tidur.



“You have 20 misscalls from…..”

“Ca, nape kal tak dapat ?”
“Ca marah Edry ke ?”
“Ca……”
“Nite…”
Oca tersenyum membaca mesej dari Edry. Kan betul 20 kali lagik tuh mamattu call. Adeyh….apa punya orang da…rajin betul call. Dah tak boleh call tu tak payah la call lagi.
Dia mencapai failnya di atas meja. Di susun kertas-kertas nota dan memasukkan sebatang pen hitam ke dalam fail. Hanay sebatang pen yang dibawa. Begitulah Oca setiap hari kalau hendak ke kelas. Kalau pennya habis dakwat, mulalah dia kecoh. Meminjam sana sini.
Satu tepukan hinggap di bahunya. “Adeyh…..” Dia menjerit. Matanya membulat memandang lelaki yang menepuknya dengan fail.
“Assalamualaikum Mr Edry. Ko ingat tak sakit ke ko dok pukul-pukul aku ni ?”
“Sorry sayang…..” Oca tarik muka. Tidak suka dia mendengar perkataan yang Edry gunakan untuk memanggilnya.
“Apa sayang-sayang. Namaku Oca la.” Edry senyum.
“Ye la Ca. Nape Ry call Ca tak dapat malam tadi ?”
“Study la. Exam dah tak lama tau.”
“Bagus, bagus. Nanti Ry pinjam note Oca ea.” Oca angguk. Malas hendak dilayan kerenah Edry lagi. Selalu benar mengganggu dirinya. Mujur sahaja Edry banyak membantunya. Kalau mahu pulang, Edrylah yang sering menghantarnya airport. Bila sampai sahaja di sini, call Edry minta ambil di airport. Tempat tinggal ? Tinggal di rumah Syazana, sepupu Edry merangkap teman baiknya juga.
“Jom, bas dah sampai…” laju Oca melangkah meninggalkan Edry. Bimbang dia lewat ke kelas.


Ahad. Lola, Oca dan Syazana di Bandar. Menonton wayang. Pada mulanya, Oca memang tidak mahu pergi, tetapi memandangkan dia sudah habis mengulangkaji subjek TPD diterimanya juga pelawaan Lola dan Syazana. Kalau study je 24 jam tension juga.
Selesai menoton wayang mereka ke kedai buku. Mecari alat tulis. Oca pula sibuk membelek-belek komik yang diminatinya. Asyik memilih tidak sedar dia terlanggar seseorang.
“Ops…..sorry…” Sepatah perkataan itu keluar dari ulas bibirnya.
“Hm…its okey. Oca study apa kat sini ?” Oca senyum. Alamak ai….kantoi…Edry la.
“Oca dah habis study. Syaz and Lola ajak keluar. So…Oca join je la…Lagipun study je 24 hours tension gak kan?” Oca sengih lagi. Risau Edry berkecil hati dengan dirinya.
“Ye la Ca. Kalau Edry ajak keluar tak boleh. Kalau Syaz dengan Lola….okey je.” Edry seolah-olah jauh hati dengan Oca.
“Er…Ry, jangan la macam ni. Adeyyy….” Oca tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Dia diam memandang Edry yang masih memandangnya.
“Oca minta maaf ea. Lain kali kita keluar ea. Oca promise.” Edry masih diam. Alahai…mengada-ngadalah pula mamat sorang ni…
Tingtong. Oca melihat screen handsetnya. One message received. Dia membaca mesejnya.
‘Ca, Selamat berdating ea….kitowang chow…’
Hantu punya kawan. Ada plak dia tinggal aku ngan mamat ni aje kat sini. Bertuah betul.
“Edry…..erm………erk……..” Oca tidak tahu apa yang harus diucapkan. Tiba-tiba sahaja dia menjadi segan untuk meminta Edry menghantarnya pulang. Edry masih lagi memandang Oca. Keningnya diangkat seolah-olah bertanya. Yes ? Tapi perkataan itu tidak terkeluar.
“Er…aku nak pi bayar komik ni.”
“Okey….Edry tunggu kat luar. Oca kena balik ngan Edry kan ? Sebab diaorang dah tinggalkan Oca ?” Edry membuat kesimpulan. Dia sudah tahu itu. Dia terserempak dengan Lola dan Syazana di ruangan stationary tadi dan budak berdua itu memberinya peluang dating dengan Oca hari ini.
“Jaat la dorang. Sampai ati dorang tinggalkan aku.” Wajah Oca agak masam. Geram dengan sikap kedua-dua rakannya itu.
“Ala…Oca bukan dengan orang lain. Oca dengan Edry jugak pun. Buat apa nak takut.”
“Ye la..aku bukan takut lah.”
“Dah tu ?”
“Nothing.” Mood Oca kurang baik. Geram ditinggalkan dua rakannya itu. Edry hanya mendiamkan diri di sebelah Oca. Kemana sahaja Oca pergi dia hanya mengikut. Oca membeli aiskrim. Dia mengambil sebuah tempat duduk di sebelah kedai jam. Sambil makan aiskrim dia memerhati keadaan sekelilingnya. Ramai juga orang di hari minggu. Kebanyakan remaja dan tentunya bersama pasangan masing-masing. Dan dia ? Dia juga berpasangan tetapi bukan buah hatinya. Kan best kalau tika itu dia bersama Izlan. Oh…Izlan apalah yang kau tengah buat sekarang.
“Hey….Oca berangan ea?” Edry menegur. Dia mengelap bibir Oca yang comot dengan sehelai tisu. Oca tersenyum malu.
“Makan tak bagi kat Edry pun ea.”
“Sorry. Im hungry.” Oca memohon maaf. Mimik wajahnya juga lucu memancing simpati Edry.
“Jom lah kita makan. Edry ingat Oca dah kenyang makan aiskrim.” Oca ketawa lagi. Hilang sudah geramnya pada Lola dan Syazana. Edry memang pandai menghiburkan dirinya.



“Aku minta maaf. Aku tak boleh terima kau.” Edry tidak berpuas hati dengan jawapan Oca.
“Tapi kenapa ? Setahu Edry, Oca belum lagi berpunya.” Oca diam. Tidak tahu apa yang harus dijawabnya. Memang betul dia masih belum berpunya. Tapi hatinya sudah dicuri. Dicuri oleh seorang insan yang bernama Izlan. Benarkah….entahlah dia sneidir tidak pasti tentang perasaan ini. Tapi dia memang tidak boleh menerima Edry. Tidak boleh dan tidak akan. Mana mungkin dia menerima Edry sedangkan hatinya bukan untuk Edry.
“Maafkan aku Edry. Cukuplah kita sebagai kawan. Terima kasih selama ini kau banyak bantu aku. Aku senang punya kawan macam kau.” Oca menghabiskan ayatnya dan berlalu dari situ. Tidak sanggup lagi memandang wajah kecewa Edry. Edry terlalu baik dengannya. Terlalu baik. Tidak disangkanya Edry punya perasaan buatnya. Sedangkan dia tidak pernah terfikir tentang itu.



Edry, Lola dan Syaz menghantar Oca ke airport. Sayu wajahya. Oca buat tidak tahu. Malas mahu bertanya apa-apa. Bimbang terperangkap dengan rayuan Edry lagi. Cukuplah Edry sebagai sahabat susah senangnya di sini. Dia tidak mahu lebih-lebih atau dengan erti kata lain ada hubungan perasaan dengan Edry.
“Edry…Oca nak ucap terima kasih pada Edry.” Edry senyum mendengarkan ucapan Oca.
“Its okey. Nothing pun. Itu aje yang Edry boleh tolong.”
“Thanks juga untuk coklat dan mawar merah selama ini. Gemuk oca makan coklat hari-hari.”
“Coklat ? Mawar merah ? Erm…not me.”
“Not you ? Jadi siapa ?” Edry angkat bahu menandakan dia sendiri tidak tahu siapa pengirimnya. Oca memandang Lola dan Syaz. Tapi mereka berlagak seperti biasa.
Oca semakin hairan. Siapa pula secret admirenya seterusnya ?
Sebelum berlepas Oca memeluk Lola dan Syaz lama.
“Thanks a lot for being my friend here.” Lola dan Syaz senyum dan mengangguk. Berat rasa hati ingin berpisah. Biarpun hanya beberapa bulan.



Oca selamat sampai ke rumah pada pukul 5 petang. Kepulangannya disambut gembira oleh semua ahli keluarganya. Apa tidaknya hampir 6 bulan mereka tidak bersua muka. Mana mungkin dia boleh pulang setiap minggu. Kekangan waktu dan jarak yang jauh memaksanya memendam rindu sendiri. Kawan-kawan seperjuanganlah yang menjadi penguat semangatnya.
Oca memeluk uminya. Erat. Rindu yang amat pada uminya yang selalu memberi sokongan padanya dalam meneruskan hidupnya. Bukan hanya umi, abah, Abang Once, Kak Fidz, dan Adik Umien juga dipeluknya erat.
“Macam mana exam Oca itu hari ?”
“InsyaAllah bah. Oca boleh jawab semua. Hehe”
“Cayalah…boleh jawab semua lagi tu.” Once menyampuk. Dia mengangkat keningnya. Mereka semua ketawa.
Seronok bercerita sampai tak ingat dunia. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 11 malam. Masing-masing masih lagi segar mata mendengar cerita Oca mendaki gunung kinabalu. Apatah lagi si penceritanya juga bersemangat bercerita. Macam tiada esok bagimu.
Tingtong.
Bunyi handset langsung tidak dihiraukan. Dia masih lagi bersemangat bercerita. Sesekali kedengaran suara gelak tawa antara mereka.


“Ca, di mana ni ?”
“Ca, dah sampai bagitahu Edry ya.”
“Hati-hati.”
Itulah antara mesej dari Edry yang tidak sempat dibaca Oca. Bukan hanya tidak sempat membaca, membalasnya juga tidak sempat. Itulah seronok sangat bercerita hingga lupa segala-galanya. Dia menekan button reply. Mahu membalas sms dari Edry. Belum pun sempat dia menaipnya, telefonnya menyanyi riang.
“Hello…”
“Hello…Oca…”
“Yer…”
“Apa khabar ?” Mahu sahaja Oca tergelak mendengarkan soalan dari Edry. Baru sehari tak berjumpa sudah pun bertanya khabar. Sedangkan Edry sendiri yang menghantarnya ke airport pagi kelmarin.
“Oca sihat la. Edry tu….jangan sedih-sedih bah. Sem depan kita jumpa lagi kan.”
“Edry rindukan Oca.” Oca ketawa. Cuba menutup perasaannya. Berdebar hatinya mendengarkan kata-kata Edry.
“Erm….Edry kat mana ni ? Syazana mana ?”
“Kat rumah. Bosan la. Syaz hilang dengan Lola. Ke KK agaknya.”
“Erm….Ry, Oca minta maaf ea. Oca ada kerja ni. Tak boleh cakap lama-lama. Next time kita sembang lagi ya.” Edry hanya diam. Dia tahu itu hanyalah alas an Oca untuk menjauhkan diri darinya. Namun apakan daya….dia tidak dapat berbuat apa-apa.


Oca mencapai kunci kereta. Sudah diberitahu pada Abang Once dia ingin kerumah Nea. Lama sudah tidak berjumpa dengan Nea membuatkan hatinya begitu rindu. Betulkah dia ingin berjumpa Nea ? Atau itu Cuma alasannya untuk berjumpa Idlan. Entahlah…Dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya. Idlan langsung tidak menghubunginya sewaktu dia di Sabah. Terasa dia dengan sikap Idlan. Tapi bila di kampong, Idlan selalu menghubunginya dan mengajak dia keluar bersama-sama. Kadang-kadang mereka keluar beramai-ramai. Idlan, Nea, Si kecil Leya dan Luya juga adiknya Umien. Seronok.
Oca tiba di hadapan tumah Idlan tepat jam 3 petang. Motorsikal idlan tiada di depan rumah. Tentunya belum pulang dari kerja.
“Kak Oca…….” Nea yang menyambutnya. Dia memeluk Oca erat. Melepaskan rindu yang bersarang di hati.
“Kakak makin cun la…hehe.” Nea mengusik. Oca Cuma tersenyum malu.
“Mana mama ?”
“Mama di atas melayan twins dua orang tu.” Nea menjawab sambil mempelawa Oca masuk kedalam rumah.
“Abang kerja kak. Belum pulang.” Nea memberitahu walaupun Oca tidak bertanya tentang Idlan. Oca Cuma tersenyum.
“Eh kak….akak pakai no mana ni ? Kami call hari tu….tak dapat je ?”
“Oh…sorry Nea. Akak pakai nombor baru. Sim akak hilang dik.”
“La…macam mana boleh hilang kak. Patutlah Nea call asyik tak dapat je. Mesej pyn tak reply.”
“Sorry la dik. Kenapa tak emel je ?”
“Camana nak emel, computer kat rumah ni rosak. Kami nak jemput akak kenduri kahwin abang lan.”
“Abang lan kahwin ?” Oca terkejut. Tapi cepat-cepat dia mengawal air mukanya agar tidak ketara dia terkejut.
“Bila ?” Kelat senyuman Oca bertanya soalan itu.
“Baru lagi kak. Hari tu 16 hb 5.”
“Oh….” Oca diam. Dia mengambil air dan meminumnya seteguk. Terasa tekaknya berpasir. Oca memandang jam di pergelangan tangan.
“Nea, akak balik dululah ye. Akak dah janji dengan Umien ni nak bawa dia pergi Giant.”
“La….dah nak balik ke ? Kenapa tak bawa Umien sekali ?”
“Umien tidur tadi masa akak turun. Tak pe lah lain kali ye. Kirim salam mama.” Selesai bersalaman Oca masuk kekeretanya. Air matanya menitis. Izlan sudah kahwin.
Benarkah….tapi tak mungkin Nea menipu. Mama sendiri tidak turun menyambut kedatangannya. Selama ini mama tidak pernah begitu. Selalu menyambut kedatangan dirinya. Tapi hari ini, hanya Nea yang menyambutnya. Menyambutnya dan memberikan khabar sedih buat dirinya.

“Oca….jangan sedih ya.” Oca menangis lagi mendengarkan kata-kata yang terluah dari bibir Edry. Mesti Syaz dah ceritakan pada Edry. Semalaman dia menangis tidak dapat tidur mengenanglan Izlan yang sudah menjadi milik orang. Semalaman Syaz memujuknya. Mujur sahaja mereka berchatting di Yahoo Messenger. Kalau tidak mahunya melambung bil telefon rumahnya.
“Oca….anggaplah dia bukan jodoh Oca.”
“Tapi…….Oca sayangkan dia Ry.” Air mata membasahi pipi Oca. Tersentuh hati Edry mendengarkan kata-kata Oca dalam tangisan. Kalaulah Oca didepannya. Tentunya dia akan berusaha menggembirakan Oca.




Hampir sebulan Oca tidak makan dan minum. Dia banyak berkurung di dalam biliknya. Badannya makin kurus. Macam-macam yang keluarganya lakukan, namun semuanya tidak mendatangkan hasil. Sehinggalah satu hari,
“Ca….” Oca diam. Dia memandang wajah uminya. Wajah umi tenang. Setenang air di kali. Kenapa dia tidak seperti umi. Kenapa dia harus kecewa hingga begini sedangkan Izlan di sana sudah berbahagia bersama ister tercinta.
“Ca….dengar sini umi nak cakap. Tapi semuanya terserah pada Ca. Kami tak kisah.” Oca memandang wajah uminya. Lama. Langsung tidak dapat meneka apa yang uminya mahu sampaikan.
“Minggu lepas ada orang datang tanya kamu.….” Belum pun sempat uminya menghabiskan kata-kata, Oca terus mengangguk setuju. Membulat mata Puan Dyan memandang wajah anak kesayangannya. Cepatnya bersetuju. Belum pun diberitahu siapa lelaki itu.
“Oca setuju ke ?” tanya Puan Dyan tidak percaya. Oca mengangguk lagi dan dengan yakin dia menjawab, “Setuju mi. Kalau baik pada umi, baiklah pada Oca.”
Puan Dyan tersenyum. “Kalau macam tu, majlis pertunangannya bila ?”
“Terserahlah umi. Oca ikut je.” Puan Dyan memeluk Oca erat. Dia berharap semoga kebahagiaan akan menjadi milik anaknya itu.
Sebaik sahaja Puan Dyan keluar dari bilik Oca termenung mengenangkan nasib dirinya. Betulkah keputusan yang aku lakukan ? Ikhlaskah ? Bukan dendam pada Izlan……? Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh
Oca menangis lagi. Dia keliru dengan hatinya sendiri. Beberapa minit kemudian, Oca bangun mengambil wudhu. Menunaikan solat sunat. Ingin mengembalikan ketenangan hati tentunya.



Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Oca disolek cantik oleh seorang mak andam yang dijemput khas dari Saloon Nirwana. Sanak saudaranya sibuk membuat persiapan terakhir. Riuh rendah kedengaran di luar sana.
Oca diam di atas katil. Menunggu cincin disarungkan bakal mertuanya. Kak Fidz di sebelahnya memeluk bahunya. Minta bertenang.
“Ca…” Oca mengangkat wajahnya. Membulat matanya memadang wajah itu.
“Mama….” Perlahan perkataan itu keluar dari ulas bibirnya tersenyum. Puan Syara, mama kepada Izlan tersenyum memandangnya.



“Jahat………” Izlan ketawa mendengarkan kata-kata Oca.
“Sorry sayang.”
“Lan sengaja tau….” Oca masih tidak berpuas hati.
“Maafkan abang ea sayang. Susah sangat nak tahu perasaan Oca. Lagipun bukan niat abang nak tipu Oca. Oca tu yang frust nonggeng bila tahu abang Lan kahwin sampai lupa family abang tak panggil abang Lan. Kan diaorang panggil abang dengan panggilan Iz.” Oca tersenyum malu. Malunya….iyakan, aku sorang aje yang panggil dia Lan. Orang lain semua panggil Iz.
“Mana Lan tahu Oca frust nonggeng ?”
“Abang Once, Nea, Syaz dan Lola.”
“Syaz dan Lola ?” Oca terkejut. Macam mana Syaz dan Lola pun boleh terlibat.
“Abang dah lama la contact dengan diaorang. Semua pasal Oca, abang tahu tau. Edry kena reject pun abang tahu.” Ya ampun…………maknanya selama ni dia betul-betul ambil berat tentang aku. Cuma aku aje yang tak pernah tahu.
“Coklat-coklat tu ?” Izlan senyum lagi. Hampir 50 paket coklat dikirim kepada Syaz dan RM 500 dimasukkan kedalam akaun Syaz untuk belikan bunga kepada Oca setiap hari. Kesian pula. Mujurlah Syaz tak kisah. Upahnya, setiap hari Syaz dapat RM 10.
Oca ketawa mendengar cerita Izlan. Terharu dan bahagia silih berganti. Dia tidak menyangka Izlan seromantik itu dengannya. Izlan terlalu dekat sebenarnya Cuma dia yang tidak sedar.
“Lan…”
“Hm….nak panggil Lan lagi ke ? Tak takut salah orang ?” Izlan mengusik.
“Habis tu nak panggil Iz ?”
“Panggillah abang.” Oca tersenyum malu. Bahagianya hatinya tika ini.
“Lan…er…abang…Oca….Oca….sayang abang….” Izlan tersenyum. Bahagia itu milik mereka berdua kini dan selamanya.

No comments: