Sunday, October 19, 2008

setulus kasihmu

"Wei, apa kau buat sini ha ?" Pantas Ainara menoleh ke arah suara itu.
Farha ? Terkezuuuut aku. Mujur aku tak der lemah jantung.
"Kau tak kenal aku ?"
"Farha ye ?"
"Ye akulah....Farha. Apalah kau ni." Ainara tersenyum. Dia memeluk Farha, gadis yang selalu menyakatnya ketika masuk ke SMKTC.
"Makin cun kau sekarang ni erk." Ainara mengusik.
"Ala, kau pun apa kurangnya. Makin ramai peminat."
"Apa pulak aku. Kaulah. Macam mana hubungan kau dengan ehem....ehem....tu ?"
"Putus." Selamba Farha menjawab.
"Opss...... sorry."
"Aku tak kisah. Aku dah lama putus dengan dia. Sekarang ni aku dah ada orang lain dah." Jawab Farha sambil ketawa.
Ainara menggeleng-geleng kepalanya. Faham benar dia dengan sikap Farha. Playgirl. Nak buat macam mana, orang cantik. Saham pun tengah naik. Bila jumpa mamat smart daripada buah hati sendiri, terus dia berpaling tadah.
"Sampai bila la kau nak mainkan orang Farha."
Farha Cuma senyum mendengar keluhan Ainara, Dia tahu Ainara tidak suka sikapnya yang satu itu. Walaupun mereka rapat, namun Ainara tida pernah mengikut jejak langkahnya menjadi seorang playgirl. Ainara bukan seorang perempuan yang suka berkasih seperti dirinya. Walaupun ramai kawan lelaki, namun mereka semua adalah teman biasa sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang. Bukannya tidak ada lelaki yang tertarik pada Ainara, namun ditolaknya dengan alasan, dia budak kecik lagi. Perangai pun tak matang. Farha selalu ketawa mendengarkan jawapan temannya yang seorang itu. Sikapnya memang keanak-anakan. Tapi kalau time dia bagi nasihat, boleh tahan. Tak padan dengan umur.
"Jom pergi KFC. Dah lama tak jumpa kau. Aku rindu la." Farha mengajak.
Ainara Cuma mengangguk. Sudah hampir dua tahun mereka berpisah. Semuanya kerana Ainara bertukar sekolah. Ingin menukar angina katanya.
"Macam mana dengan SPM ? Kau dah ready ?" Ainara bertanya.
"You know me. Aku sentiasa ready. Rileks la." Selamba jawapan yang diberikan oleh Farha. Ainara Cuma tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Apalah kau. Exam lain boleh la kau rileks. Tapi ini SPM penentu masa depan kau tau. Kau jaangan hampakan parents kau pulak."
"Ala Nara. Leceh la kau ni. Tak bagi chance aku nak enjoy langsung. Rileks la. Parents aku tak ada apa-apapun. Kau pula yang lebih-lebih. Eh, sejak bila kau jadi PBB ni ?" Ainara tergelak mendengar soalan Farha. PBB. Masih ingat lagi rupanya Farha gelaran yang mereka berikan kepada Perempuan yang Busy Body.
"Aku sayang kau Farha. Aku tak nak tengok orang yang aku sayang ni jadi ntah apa-apa tau." Terpancar sinar keikhlasan dimatanya.
"Thanks Nara. Kau je la sahabat yang banyak membantu aku. Walaupun kau ni suka membebel macam mak nenek, tapi kau masih sudi berkawan dengan aku."
Ainara senyum. "Dah la. Lupakan semua yang berlaku dahulu. Kau boleh berubah, tapi mungkin perlukana masa. Aku sentiasa sokong kau." Farha tersenyum mendengar pengakuan ikhlas Ainara.

"Hai saya Farha. Awak ?"
"Ainara."
"Selamat berkenalan." Ainara mengangguk sambil mengukir senyuman.
Perkenalan mereka yang bermula semasa Ainara berada di tingkatan 1 SMKTC. Farha orang pertama yang menegurnya. Semenjak hari itu mereka menjadi sahabat baik.
"Nara jom pergi kantin. "
"Kau pergilah dulu, aku tunggu Farha."
"Apesal kau baik sangat dengan dia ? Aku nasihatkan kau hati-hati dengan dia, Nara. Aku dah lama kenal dia. Kami sekolah rendah sama-sama." Ainara berasa agak geram mendengar kata-kata Linda. Linda seolah-olah menghasutnya untuk membenci Farha.
"Terima kasih atas nasihat kau tu." Ucap Ainara.
"Aku pergi dulu ye."
"Okey."
"Lama kau tunggu aku Nara ?" Sapa Farha tiba-tiba.
"Tak de la lama sangat. Farha aku nak Tanya kau boleh ?"
"Apa ?"
"Maaf kalau aku Tanya direct."
"It’s ok. Aku tak kisah."
"Kenapa mereka macam tak suka kau ?"
"Siapa ?"
"Aku rasa kau tahu siapa."
"Alah......jelous lah tu."
"Tapi......"
"Kau jangan bimbang, Nara. Lina tu memang jaki ngan aku dari sekolah rendah lagi tau. Jawab Farha dengan penuh yakin.
Ainara senyum mendengar jawapan Farha. Dia sayangkan farha. Farha banyak membantunya dalam subjek matematik dan sains. Farha tidak pernah kedekut ilmu.


"Farha...."
"Maafan aku Nara. Sekarang kau tahu kan kenapa mereka membenci aku ?"
Ainara diam. Air matanya menitis mendengarkan kata-kata Farha.
"Kau tak ada silap dengan aku, Farha," lembut Ainara berkata.
"Tapi, tentu kau malu berkawan dengan aku kan ? Aku jahat. Aku bukan budak baik. Aku......."
Farha.......cukuplah." Pantas Ainara memotong kata-kata Farha. Tubuh Farha dipeluk erat.
"Terima kasih Nara. Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat." Ainara hanya senyum mendengar pengakuan Farha.
"Aku benci lelaki, Nara. Aku mendedami mereka. Aku buat begini pun kerana dendam au pada mereka, Nara. Ayah aku jahat. Dia selalu pukul ibu. Sekarang bila dah kahwin lain, dia tinggalkan ibu. Gantung tak bertali, Nara. Ibuku sakit, Nara. Dia tak sihat macam orang lain. Jadi sukar untuknya mencari rezeki buat keluarga kami.
Satu hari ayah aku pulang. Aku tak tahu apa yang dia mahu. Dia mencari ibu. Tapi, masa tu ibuku tiada. Ibu belum pulang dari kerja. Ayahku begitu berbeza pada hari itu. Terlalu baik. Di tangannya terdapat plastic A&W. Senyuman menghiasi wajahnya yang sebelum ini bengis. Aku hairan melihat sikap ayahku, tetapi tidak berani untuk berkata apa-apa. Bimbang moodnya berubah. Bimbang dia memukulku.
Ayah menyuruhku mandi dahulu sebelum makan. Dia tahu aku baru pulang dari sekolah. Tentunya aku masih penat. Jadi tanpa mengesyaki apa-apa aku mengikut arahannya. Selesai mandi, kami makan bersama-sama di ruang tamu. Sungguh berselera aku makan, Nara. Aku benar-benar lapar kerana aku tidak makan di sekolah. Aku tiada duit, Nara.
Selesai makan aku berasa benar-benar mengantuk. AKu terlena di sofa. Bila aku bagun....aku dapati tiada seurat benang pun pada badanku." Farha menangis teresak-esak mengenangkan kisah silamnya.
"Aku jadi mangsa Nara." Ainara terdiam mendengar kata-kata Farha.
"Esok, ayah aku datang lagi. Aku takut. Aku mengunci pintu rumahku. Tapi berjaya dibuka oleh ayahku. Aku takut, Nara. Aku lari pula ke dalam bilik. Tapi aku tak sempat untuk menguncinya Nara. Ayah memeluk tubuhku. Aku meronta-ronta. Aku menjerit, tapi kemudiannya ayah menyumbat sehelai kain kedalam mulutku. Bajuku koyak, Nara. Aku malu, Nara. Teramat malu tika itu.
Ibuku menjerit apabila melihat keadaanyku yang separuh bogel ketika itu. Ayah terperanjat dengan reaksi ibu. Dia tidak menyangka ibu akan pulang seawal itu. Ayah memukul ibu. Kasihan ibu, Nara. Aku tak sanggup melihat ibuku dipukul teruk begitu.
Setelah memukul ibu, ayah keluar dari rumah. Aku memeluk ibu. Kami sama-sama menangis, Nara. Mengenangkan nasib diri yang semakin kelam. Badan ibu semakin lemah.
Aku menukar pakaianku. Niat di hati ingin membawa ibu ke hospital. Tapi, aku tak sempat Nara. Ibuku menghembuskan nafasnya di rumah itu juga. Di atas ribaanku, Nara." Farha menarik nafas panjang. air matanya yang mengalir dikesat dengan hujung baju kurungnya.
Mulai hari itu, Ainara semakin menjaga hubungannya dengan Farha. Perasaan belas menyelubingi dirinya. Sayangnya pada Farha semakin menebal. Dia berjanji pada dirinya sendiri untuk menjaga Farha.
Walaupun sikap Farha yang suka mempermainkan lelaki akibat dendam pada ayah sendiri tidak disukai, namun persahabatan mereka masih jua utuh. Sudah banyak kali dia menasihati Farha, namun gadis itu masih juga dengan kedegilannya. Ainara kadang kala mati kutu apabila melihat farha menangis mendengarkan nasihat-nasihatnya.




Ainara menghempaskan badannya ke atas tilam empuk. Pertemuannya dengan Farha masih segar diingatan. Sayangnya pada Farha masih menebal. Farha memang banyak membantunya dalam pelajaran. Dia tidak akan lupa itu. Farha juga berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PMR. Namun Farha sayang untuk meninggalkan SMKTC. Farha bukan sepert dirinya yang gemar berkawan dan menyertai kem. Masih segar diingatan Ainara, sewaktu di tingkatan 1, Farha menegurnya dahulu. Hal ini kerana, Farha tidak punya kawan. Masing-masing tidak mahu berkawan dengan Farha kerana mereka tahu sikap Farha yang ramai boyfriend. Mereka menganggap Farha bohsia.
Ainara tidak pernah menghiraukan kata-kata pelajar lain. Walaupun dia tahu Farha agak liar, namun Farha tidak pernah tidur bersama dengan mereka. Farha cukup menjaga dirinya. Dia hanya mepermaikan hati lelaki-lelaki itu sahaja. Cuma itu. Kerana itulah dendamnya pada ayahnya. Namun, pelajarannya masih baik. Perlajarannya masih di tahap cemerlang. Dia pernah beberapa kali dinobatkan sebagai pelajar cemerlang di sekolah.
Farha tidak pernah meperkenalkan teman-teman lelakinya kepada Ainara. Dia tidak mahu Ainara terpengaruh dengan sikapnya. Dia juga tidak mahu teman-teman lelakinya mengganggu Ainara atau menjadikan Ainara sebagai mangsa untuk membalas dendam.
‘Kring.........’
Deringan telefon mengejutkan Ainara. Pantas dia menjawab panggilan telefon itu.
"Helo, assalamualaikum." Kedengaran satu suara.
"Waalaikumussalam. Nak cakap dengan siapa ?"
"Ainara ada ?" Ainara senyum mendengar soalan yang ditanya oleh si pemanggil. Timbul idea nakal untuk mengenakan si pemanggil.
"Siapa ni ?"
"Kawan dia."
"Yalah, mak cik tahulah kawan dia. Kawan dia ni siapa nama ?"
"Daniel."
"Daniel mana ?"
"Hm......er....Daniel Luqman."
"Kawan sekolah dia ke ?"
"Bukan. Saya....er...ni siapa ?" Daniel berasa rimas apabila di Tanya bermacam-macam soalan. Hendak diletakkan terus telefon itu, bimbang dikatakan kurang ajar pula.
"Ini mak dia. Awak nak cakap dengan Ainara ya ?"
"Ya."
"Nak buat apa ? Ada hal penting ke ?"
Alamak....banyak soalan betullah mak dia ni. Apa aku nak jawab ha ?
"Errr...."
"Tunggu sebentar ya ?"
"Hm...Ok." Daniel menarik nafas lega mendengar kata-kata ibu Ainara.
"Hello, Daniel. Apa khabar?"
"Khabar baik. Tadi ibu Ainara, ya ?"
"Ya. Kenapa ?"
"Macam-macam Daniel kena soal. Macam pesalah pula rasanya." Ainara tergelak mendengar kata-kata Daniel. Mujurlah dia tak cam suara aku.
"Biasalah, dulu ibu Nara nak jadi polis. Tapi, nenek tak izinkan."
"Oh....takut Daniel. Yelah manalah tahu kalau-kalau ibu Nara marah Daniel nanti."
"Apa pula. Takkanlah ibu nak buat macam tu. Rilekslah kalau orang tu tak buat salah, takkan orang nak marah."
"Apa pula tak salah. Ni dah kira menganggu anak dara orang tau."
"Hm tahu pun. Ingatkan tak tahu. Dah tu buat apa call anak dara orang ni. Orangbaru je berangan nak kahwin dengan anak raja." Ainara ketawa dengan ayatnya sendiri.
"Tak apalah. Nak buat macam mana, orang tak sudi nak berbual dengan kita."
"La merajuk pula dia. Orang acah je lah. Jangan macam ni. Untuk pengetahuan Daniel, Nara tak reti nak pujuk orang tau. Cikgu tak pernah ajar." Daniel ketawa mendengar kata-kata Ainara. Ada-ada sahaja jawapannya.
Sudah lama mereka berkenalan. Lebih kurang dua tahun. Daniel suka berbual dengan Ainara. Nyata Ainara lebih matang dari usia yang sebenarnya kalau berbual. Kadang-kadang tak terkata Daniel apabila Ainara memulangkan paku buah keras kepada kembali. Kata-kata Ainara walaupun lembut tetapi tajam sehingga menusuk hati. Semua kata-katanya benar. Sehinggakan Daniel segan hendak berkawan dengan Ainara. Ainara terlalu baik baginya. Ainara banyak meberi perangsang dan nasihat tanpa dia sedari kerana gadis itu amat suka bermain dengan kata-kata. Jika tidak peka apabila bercakap dengannya, sukarlah untuk memahami apa yang tersirat.
Pernah Daniel mengutuk Ainara apabila Ainara memberitahunya dia minat bidang bahasa. Bagi Daniel, dia kurang berminat dengan gadis yang jiwang. Tapi jawapan yang diberikan Ainara membuatkan dia terdiam.
Bahasa itu indah. Bahasa mempunyai banyak keistimewaan. Mungkin tanpa kita sedari penggunaan bahasa itulah yang mengubah peribadi seseorang. Itu kata Ainara. Ya, baru kini dia menyedari kepentingan dan keistimewaan bahasa dalam kehidupan bahas digunakan untuk berkomunikasi dan bahasa amat penting untuk menjalinkan hubungan dengan seseorang. Malah penggunaan bahasa yang indah juga mampu melembutkan hati seseorang yang keras bagai batu itu.
Ainara juga seorang yang cukup tenang. Masih boleh tersenyum apabila dikutuk dan apabila dia membalas semula kutukan itu akan membaut Daniel terkedu.akhirnya Daniel akur dengan keistimewaan Ainara. Sudah banyak kali di cuba membuat Ainara marah. Namun akhirnya dia sendiri yang berasa geram apabila niatnya itu tidak menjadi.



Asyik sekali Dany membelek cenderemata yang tersusun di atas almari kaca itu. Mencari-cari sesuatu yang menarik untuk dihadiahkan kepada mamanya sempena hari lahir yang ke 45.
"Opss....Sorry. Tak sengaja." Spontan kata-kata itu terluah daripada mulut gadis yang melanggar dirinya.
"It’s okey." Dany membalas selamba tanpa menoleh kea rah gadis itu. Dia ingin cepat.
"Erk....you ni....Dany kan ?" Tiba-tiba sahaja gadis itu menegur.
Dany menoleh ke arah gadis itu. Keningnya berkerut. Tidak lama kemudian dia mengukir senyum.
"Hai, lama tak jumpa. Farha macam mana sekarang ?" Dany mengawal terkejutnya.
"Macam ni lah. Macam yang Dany tengok sekarang." Jawab Farha sambil tergelak.
Dany Cuma tersenyum mendengar jawapan Farha. Dia merenung Farha dari atas ke bawha. Farha bukan seperti dulu. Ada perubahan baru pada dirinya. Farha kina bertudung. Berbaju kurung. Ayu sekali.
"Hey, you ni macam tak pernah tengok orang. Aperhal ? Jom pergi KFC. I belanja." Farha mempelawa. Sudah lama tidak bersua muka menyebabkan debaran dadanya berkoca kencang. Entah mengapa.
"Orait. Tapi biar I pilih present dulu."
"Present untuk awek ke ?"
Dany tergelak. "My mom la."
"Oh ya. 25 May kan ?"
"Hm....ingatan you memang kuat."
"Tahu tak pe." Selamba Farha membalas.
Dany tergelak. "Tolong I pilih present yang sesuai. Boleh ?"
"Orait." Pantas Farha menjawab sambil matanya melilau mencari sesuatu yang menarik. Kakinya melangkah dari rak ke satu rak yang lain. Ahirnya dia terhenti di hadapan rak yang tersusun dengan pelbagai jenis dan bentuk brooch yang menarik. Dia mencapai satu brooch yang berbentuk hati berwarna merah jambu dan silver.
"Hm....tak hodoh la." Dany mengusik.
Berkerut dahi Farha mendengar kata-kata Dany. "Tak hodoh ? Maknanya cantik la."
Dany senyum. Farha tetap selamba seperti dulu dan lucu.




Laju langkahan kakinya. Dia tidak amahu terlewat. Sudah berjanji dengan Ainira. Tentunya sudah lama AInira menunggu. Dia tidak mahu Ainira sedih lagi. Cukuplah sekali dia memungkir janji dengan Ainira menyebabkan Ainira terjatuh.
Acap kali Puan Azian menegur Anira. Puas dipujuk, Ainira masih juga berdegil. Ainira tetap mahu berdiri di tepi jendela. Memanjat kerusi dan melihat di perkarangan rumah. Menanti kepulangan kakaknya. Tidak sabar lagi untu keluar berjalan-jalan dengan Ainara. Ainara sudah berjanji dengannya untuk berjalan-jalan di Bandar.
Melihat sahaja kelbat Ainara, dia ingin mendapatkan Ainara. Menuntut janji. Lupa bahawa dia berada di atas kerusi. Dia terjatuh untuk kali kedua. Pantas Ainara berlari kedalam rumah apabila terdengar tangisan adiknya.
"Kenapa ni dik ?"
"Sa......sa......kit.......lama.......adik tunggu......kakak." Ainira berusra dalam tangisan.
"Maaf dik, kakak terlewat sikit. Adik tentu sakitkan. Tak payah pergi la yer."
"Adik dah elok, kak." Jawab Ainara sambil tersenyum.
Ainara menggeleng melihat keletah adiknya. Sebut aje nak pergi berjalan, cepat pulak baiknya.
"Oklah pergi beritahu mama."
"Orait." Pantas Ainira berlari kedapur memberitahu mamanya.




"Kak, adik laparlah. Jom kita pergi KFC."
"Adik belanja la. Kakak tak bawa duit." Ainara mengusik adiknya.
"Duit Nira kan ada dengan kakak."
Ainara ketawa mendengarkan jawapan adiknya. Mreka masuk kedalam restoran KFC yang terdapat di Bandar itu. Agak ramai pengunjung pada hari itu. Mungkin disebabkan hari minggu.
"Adik pergi ambil tempat dulu. Ok ?"
"Ok." Ainira berlalu dari situ. Matanya melilau mencari tempat yang kosong.
"Hai, kak Farha. Kakak buat apa kat sini ? Oh.......Kak Farha dating ya ?"Ainira menyapa Farha yang asyik berbual dengan Dany.
Agak lama Farha memerhatikan wajah Ainira.
"Kakak dah lupa adik ya ?" petah sekali Ainira bertanya.
"Oh, ya....kakak ingat. Duduklah. Adik datang dengan siapa ?"
"Kakak. Kakak suruh adik ambil tempat dahulu."
"Oh......kenalkan, ini kawan kak Farha. Dany." Farha memperkenalkan Ainira kepada Dany.
"Hai abang Dany."
Dany tersenyum melihat gelagat Ainira yang ceria. Agak lama dia merenung wajah Ainira. Wajah itu mirip buah hatinya. Ah....mungkin pelanduk dua serupa.
"Amboi....seronoknya berbual. Sorry, Farha. Adik aku ganggu kau ajer." Satu suara tiba-tiba menyapa.
Dany terkesima. Suara itu seperti pernah didengarnya. Perlahan-lahan dia memandang kearah empunya suara, hampir tersembur air yang diminumnya.
"Eh, tak apalah. Kaupun joinlah seakale. Lagipun dah tak ada tempat kosong lagi. Kenalkan, ini kawan aku, Dany." Farha memperkenalkan. Ainara tersenyum.
"Hai, saya Ainara." Dany Cuma mengangguk. Sepanjang pertemuan itu Dany hanya mendiamkan dirinya. Rasa ebrsalah menyelubungi dirinya. Bimbang dibenci Ainara.
"Hai, Farha, kawan kau ni ada masalah komunikasi ke ?" tiba-tiba soalan itu terpancul dari bibir Ainara.
Farha tergelak. Dany terkejut, Dia cuba untuk tersenyum tetapi nyata senyumannya hambar.
"Dia segan dengan kau tak ?"
Ainara senyum mendengarkan jawapan Farha. "Sejak bila pula dia ni jadi pemalu ?"
Dany hanya mendiamkan dirinya. Direnungnya wajah Ainara. Lama, namun wajah itu tetap selamba. Seolah-olah tidak mengenali dirinya. Pandai Ainara berlakon. Dia menyumpah dirinya sendiri. Gatal menerima pelawaan Farha. Kalau dia menolak pelawaan itu mungkin dia tidak akan terserempak dengan Ainara di sini. tentu Ainara akan salah faham terhadapnya dan selepas ini hubungan mereka mungkin terputus. Tidakkkkk......dia amat sayangkan Ainara. Dia ikhlas. Title playboy yang ada pada dirinya dahulu sudah lama lupus. Dia sudah besara.
Tiba-tiba deringan telefon berbunyi. Pantas sahaja Dany menjawba panggilan itu.
"Hello, waalaikumussalm. Dany kat KFC sekarang ni, ma. Kenapa ?"
"Ok la mama, bagi Dany masa lima minit." Dany mematikan talian telefon bimbitnya.
"Sorry I have to go now."
Farha hanya mengangguk. "Sampaikan salam Farha pada mama." Berubah wajah Dany mendengar kata-kata Farha. Namun cepat-cepat dia mengangguk dan berlalu.
Ainara hanya mendiamkan dirinya.
"Hey, kenapa dengan kau ni, Nara ? macam tak ada mood ajer ?" Ainara terkejut. Dia cuba tersenyum untuk menutup resahnya. Mengapa Farha memanggil ‘mama’ kepada ibu Daniel ? Apakah hubungan mereka ? Adakah mereka juga sepasang kekasih ? Ah, lantaklah......lagipun elaki memang boleh pasang 4. akhitnya dia tersenyum sendiri.
"Kau ni....sekejap macam orang ada masalah. Sekejap senyum sorang-sorang. What’s wrong with you ?"
"Erk....sorry." Ainara cepat-ceat menghirup air di depannya.
Farha senyum sendiri melihat gelagat Ainara yang kelam kabut.
"Hensem tak ?"
"Hensem ? Siapa ?"
"Dany la."
"Oh....hm, boleh tahan. Pak we kau ke ?"
"Bekas pak we aku. Tapi dia makin hensem la sekarang ni." Selamba Farha menjawab.
"Kau masih sayangkan dia ?"
"Tentulah. Dia tidak pernah mengambil kesempatan pada aku. Aku rasa aku nak tebus balik kesalahan lalu aku pada dia. aku akan couple balik dengan dia dan jaga dia betul-betul."
"Kau ni biar betul." Ainara terkejut mendengar kata-kata Farha.
"Betullah. Aku dah lukakan hati dia. Dan sekarang aku nak rawat balik luka di hati dia."
"Boyfriend kau macam mana ?"
"Putus." Selamba Farha menjawab.
"Aku dah malas nak bazirkan masa aku lagi, Nara. Aku nak serius dengan Dany aje. Lagipun Dany terlalu baik bagi aku. Aku kenal keluarga Dany. Lagipun mama dia yang suruh aku panggil ‘mama’. Kau tahu kan, aku tak punya sesiapa di dunia ini."
Ainara diam. Dia memeluk Farha. Erat.
"Aku sentiasa menyokong kau, Farha. Kau jangan bimbang."
"Kakak, kakak tak nak peluk Nira sekali ?"
Farha dan Ainara ketawa menengar soalan Ainira. Pertemuan mereka berakhir di situ.





Wajahnya merah. Air matanya masih mengalir tidak henti-henti. Dia serba salah kini. Antara sayang seorang sahabat dan kasih untuk si buah hati. Jika diikutkan hatinya, dia ingin terus bersama Daniel. Daniellah cinta pertamanya. Tapi kasihnya pada Farha begitu tebal. Dia terharu mendengarkan pengakuan ikhlas Farha. Dia tidak mahu lagi melihat Farha seperti dulu. Hatinya gembira dengan perubahan yang berlaku dalam diri Farha. Tetapi dia harus berkorban. Mahu ditelan mati emak dan jika diluah mati bapa. Dia betul-betul tertekan.
Deringan telefon yang nyaring mengejutkannya. Dia berusaha mententeramkan dirinya sendiri. Dia yakin panggilan itu daripada Daniel.
"Helo, Ainara."
"Hye, assalamualaikum." Balasnya sambil tertawa kecil. Cuba menyembunyikan kegelisahan hati.
"Erk waalaikumussalam Nara."
"Ye, macam tahu-tahu aje orang jawab phone ni. Kalau ibu jawab tadi macam mana ?"
Daniel terdiam mendengar soalan Ainara.
"La......apersal pula diam ni ?"
"Erk......Nara....hm....Daniel nak minta maaf."
"Maaf ? Untuk apa? Daniel tak ada salah dengan Nara pun." Jawab Ainara selamba. Suaranya masih ditahan agar tidak menangis lahi. Dia tidak mahu menangis di hadapan Daniel. Tidak sekali-kali.
"Nara, Nara cuba berbohong ya ?"
"Tak adalah. Untuk apa Nara bohong. Berdosa tau. Nanti masuk neraka." Ainara ketawa sendiri dengan ayatnya.
"Daniel masih serba salah dengan sikap Ainara. Ainara telalu tenang. Seolah-olah tidak berasa kecewa langsung. Adakah Ainara tidak sayangkan dirinya ?
"Nara, Daniel sayangkan Nara." Ainara tergelak mendengar kata-kata Daniel. Cuba untuk menyembunyikan kepiluan hatinya. Nara pun sayang Daniel. Ungkapa itu hanya berbunyai diruang hatinya. Tidak mampu untuk diluahkan.
"Terima kasih. Erk....Daniel, sorry. Ibu panggil Nara. Lain kali kita sembang lagi ya. Bye." Ainara meletakkan ganggang di tempat asalnya.
Air matanya menitis lagi. Dia tidak dapa t membuat keputusan. Akihirnya dia terlena.





Pagi yang hening. Burung-burung bisisng berkicauan di luar jendela. Sang suria gah memancarkan sinarnya. Kelihatan beberapa orang pemuda berjogging di kawasan taman perumahan itu. Ainara masih lagi enak diulit mimpi.
"Kakak, telefon." Jeritana Ainira yang lantang tidak mampu mengejutkan Ainara yang keletihan.
Pintu diketuk kuat. Ainara masih lagi berkeriut di dalam selimut tebalnya.
"Kakak......."
Matanya dibuka perlahan. Kantuk masih terasa. Dilihantnya jam dipergelangan tangan. Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Ainara terkejut dan melompat dari katilnya.
"Astagfirullahalazim....terlepas Subuh." Dia menggelengkan kepalanya kesal.
Ceppat-cepat dia berlalu ke bilik air untuk mengambil wudhu dan menqadarkan solat Subuhnya.
Setelah selesai bersolat dia turun ke bawah.
"Kakak, tadi kak Farha telefon." AInara hanya menggangguk lemah.
"Ibu mana ?"
"Ibu keluar. Kejap lagi ibu pulanglah." Ainara hanya menagngguk perlahan.
"Adik dah mandi belum ?"
"Dah."
Ainara berlalu ke kamarnya. Dia termenung lagi. Ah, macam orang bodoh. Biarlah. Lepaskan sahaja Daniel pergi. Lagipun ramai lagi lelaki kat dunia ni. Tapi......Air matanya menitis lagi.
Nara......takkan kerana masalah kecil macam ni pun kau menangis. Jangan jadi bodoh....kau masih punya masa yang panjang. Lupakan Daniel. Pelajaran lebih penting dari semua ini. Ainara menghempaskan badannya ke atas tilam yang empuk. Dia benci. Benci apabila diberi pilihan begini. Dia sayangkan kedua-duanya.





Telefon yang berdeing nyaring dibiarkan begitu sahaja. Dia yakin Daniel yang menghubunginya. Dia rindu akan suara itu, namun hatinya menghalang.
Akhirnya deringan telefon itu mati begitu sahaja.
Dua jam kemudian telefon berdering lagi. Dan......dia masih seperti dua jam sebelum ini. Hanya membiarkan telefon menjerit nyaring.


Asyik sekali Ainara memilih bahan rujukan di kedai itu. Tidak disedari ada mata yang asyik memandangnya. Begitulah sikpanya. Tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Dia bagai berada di dunianya sendiri.
"Nara," perlahan sekali suara itu pada pendengaran Ainara.
"Erk....Hye, apa khabar ?" Ainara cuba mengawal perasaannya sendiri.
"Daniel betul-betul rindukan Nar. Banyak kali Daniel call Nara, tapi tak pernah dapat." Ainara menatap wajah Daniel. Lama. Cuba mencari keihklasan pada wajah Daniel.
"Erk....hm...."Ainara cuba tersenyum.
"Nara, Daniel tahu, Nara marahkan Daniel. Please....bagi Daniel jelaskan dulu."
Ainara Cuma tersenyum. "Tak perlu Daniel. Nara dah tahu. Farha lebih perlukan Daniel. Tapi, kita masih kawan bukan ?"
"Kita bukan kawan, tapi lebih dari tu, Nara."
"Daniel, Nara minta maaf. Nara tak mampu......" Hampir menitis air mata Ainara. Namun dicuba untuk menahannya.
"Nara, Daniel sayangkan Nara. Cukuplah Daniel dikecewakan oleh Farha. Takkan Nara pun nak kecewakan Daniel." Daniel cuba memujuk Ainara.
Ainara menggeleng lemah.
"Dahlah, Daniel. Usah bersedih. Nara yakin Farha boleh merawat luka dihati Daniel."
"Nara, hanya Nara yang Daniel sayang."
"Dahlah Daniel. Jangan bersedih. Tak bestlah tengok muka Daniel cam ni. Nara benci tau tengok muka orang sedih. Senyumlah sikit....eh, bukan sikit banyaklah...." Ainara ketawa. Cuba untuk menghiburkan hati Daniel.
"Nara...."
"Dah....buang kesedihan tu jauh-jauh. Tak hensem langsung muka macam ni tau."
Daniel cuba untuk tersenyum. Tetapi ternyata senyumannya hambar.
"Macam nilah baru hense. Oklah, Nara kena pergi, dah lambat. Bye." Ainara terus berlalu.



Mereka memilih tempat dihujung restoran itu. Dany hanya mendiamkan dirinya sepanjang pertemuan itu. Wajahnya murung. Tidak seperti sebelum ini yang asyik tersneyum ceria sentiasa. Farha tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk mengembalikan keceriaan Dany. Semua yang dilakukannya bagai tidak kena. Air cond yang terdapat di restoran itu tidak mampu untuk menyejukkannya. Dia berasa agak rimas.
"Dany, what’s wrong with you ? Do you have any problems ?" akhirnya soalan itu meluncur keluar dari ulas bibirnya yang disalut gincu nipis.
Dany hanya menggeleng lemah. Tidak tahu bagaimana mahu diluahkan. Bimbang sekiranya Farha tidak boleh menerima haikikat. Farha bukan seperti Ainara yang sentiasa tenang. Dia kenal Farha. Amat kenal. Farha mudah melenting dan mudah sejuk. Tapi apabila dia sudah melenting, sukar untuknya mengawal volume suaranya. Itu yang akan membuatkan dirinya bertambah malu berada di situ nanti. Untuk mengelakkan semua ini daripada berlaku, Dany lebih senang mendiamkan dirinya.
"Dany, you still with me ?" nada suara Farha kedengara agak tinggi.
Beberapa orang pengunjung menoleh ke arah mereka.
"Opss....sorry. Please Dany....jangan buat I marah okey ?" Farha berusaha memperlahankan suaranya. Namun nyata suara itu masih kedengaran agak keras dan mendesak.
Dany mengeluh perlahan. Dia memadangan kea rah Farha. Lama.
"I have a problem with my girlfriend." Jawabnya kemah.
Membulat mata Farha mendengar pengakuan Daniel. Daniel ada girlfriend ? Biar betul. Dulu dia juga cakap yang dia dah serik dan takkan couple dengan sesiapa pun. Semua ni pun sebab aku. Tapi sekarang....siapa perempuan tu ? Akhirnya dia tergelak, cuba mengawal perasaannya.
Dany menatap wajah Farha. Tajam.
"Opsss....sorry......" Farha serba salah.
"I tahu. I ingat kata-kata I pada you. Tentu you cakap I ni cakap tak serupa bikin kan ? For your information, dia terlalu itimewa dan I tak dapat tolak perasaan ni pada dia."
"Hm....siapa perempuan tu ?"
"You kenal perempuan tu."
"I kenal ? Siapa ?" Farha terkejut mendegar kata-kata yang keluar dari bibir Daniel.
"Ainara."
"Ainara ? Ya Allah.......patutlah......" Farha menceritakan segala-galanya pada Dany. Dari A sampai Z.
Dany tertunduk agak kesal dengan pengakuan Farha.
"Dany, I minta maaf. Bukan niat I untuk melukakan hati You kali kedua. I betul-betul tak tahu, Dany. Sorry. Nara is my best friend. Sekarang I dah nampak apa masalah you all. Tentu Nara mengelak dari You kan ?"
Dany mengangguk.
"Nara terlalu baik. Dia sanggup melepaskan You kerana I." Air mata Farha hampir menitis mengenangkan kebaikan seorang sahabat. Sanggup melakukan apa sahaja deminya.
"This problem I yang timbulkan dan I akan settlekan. You jangan risau." Setelah menghabiskan ayatnya, dia menghubungi seseorang. Agak lama menunggu akhirnya panggilan dijawab, tetapi orang yang dicari tiada.
Farha menggeleng lemah. Tiba-tiba matanya melihat ke arah seorang kanak-kanak kecil.
"Hari ni berapa hari bulan ?"
"Kenapa ?" berkerut dahi Dany mendengar soalan yang tiba-tiba muncul daripada bibir Farha.
"Cepatlah ?"
"26 Januari."
"Yes....jom ikut I." Farha menarik tangan Dany. Dany hanya mengikut tanpa sebarang kata.


Ainira tersneyum gembira. Dia berasa sangat seronok. Walaupun hanya bersama kakak. Biasanya pada hari lahirnya, kakak akan membawa dia ke restoran kegemarannya, KFC. Pada malamnya barulah mereka meraikan hari lahirnya bersama sanak suadara.
"Happy birthday, adik." Satu suara tiba-tiba menyapa lembut. Sebuah hadiah yang berbalut kemas diletakkan di atas meja.
Ainara menoleh ke rah suara itu. Agak terkejut dengan kehadiran Farha dan Daniel.
"Hai, kau tak nak aku join sekali ke ? Biasanya kita sama-sama akan sambut birthday adik kat sini. Hari ni kau tak ajak aku pun?" Farha menyakat Ainara.
"Sorry, Farha. Hm....duduklah." Ainara mempelawa.
"Tak per. Dany kau duduk dulu, aku pergi order. Lagipun mana cukup kau hanya order untuk dua orang. Habis tu aku dan Dany nak makan apa ? Jom adik, teman kakak." Farha menarik tangan Ainira. Ainira hanya tersenyum mendegar kata-kata Farha.
Daniel duduk berhadapan dengan farha.
"Nara, Daniel dah tahu perkara sebenar. Daniel sayangkan Nara dan Daniel takkan lepaskan Nara."
"Tapi......" Ainara masih serba salah.
"Please Nara. Susah-susah Daniel tackle Nara, Nara nak pergi macam tu ajer?" Daniel masih sempat bergurau.
"Nara sayang Farha." Perlahan suara Ainara. Mutiara jernih hampir menitis di pipinya namun sempat dikesat oleh Daniel.
"Habis tu Nara tak sayang Daniel ?"
"Bukan.......tapi......argh......please Daniel. Nara tak tahu ?"
"Nara tahu. Nara sayangkan Daniel kan ?
Ainara diam. "Ainara bt Amir. I love you. Do you love me ?" matanya bercahaya apabila dia mengungkapkan kata-kata itu.
"Dany dah settle belum ?" tiba-tiba sahaja Farha mencelah. Ainara yang masih terkejut mengurt dadanya perlahan.
"Susahlah kawan you ni Farha. Kita couple berdua ajerla." Selamba Daniel menjawab. Farha ketawa.
Merah wajah AInara mendnegarkan kata-kata Daniel.
"Ops......tahupun marah. Tadi orang tanya diam." Daniel masih mahu mengusik. Seronok rasanya dapat buat Ainara marah. Bukan senang hendak melihat Ainara marah. Selama ini asyik dia ajer yang terkena.
"Farha kau tolong hantar adik aku balik. I have to go now." Adik, adik balik dengan kak Farha ya. Kakak kena pulang dulu."
Ainira hanya diam mendengar pesan Ainara. Matanya terkebil-kebil memandang kea rah Ainara yang mahu berlalu dari situ.
"La......kau ni. Pergilah kejar."
"Sejak bila pula dia pandai merajuk ?" Farha hanya mengangkat bahunya.

"Sorry, sayang. Daniel bergurau ajer." Daniel masih berusaha memujuk Ainara.
"Sejak bila pula Nara pandai marah Daniel." Soalan Daniel langsung tidak dijawab. Ainara hanya mendiamkan diri. Daniel mati kutu. Tidak tahu apa lagi yang harus dilakukannya. Matanya melihat keraha pergelangan tangan Ainara. Fikiran nakal mula hadir.
"Nara......Daniel betu-betul sayangkan Nara." Kata Daniel sambil tanganya memegang erat tangan Ainara. Setelah menghabiskan ayatnya, dia mengucup lembut tangan Ainara.
Ainara terkejut dengan tindakan Daniel. Cepat-cepat dia menarik tangannya.
"Daniel......Apa kenal dengan Daniel ni ?" agak tinggi suara Ainara.
"Boleh bersuara pun."
"Daniel......!!" Ainara menjerit geram.
Daniel tergelak melihat gelagat Ainara.
"Nara, I love you so much. Do you love me ?"
Ainara diam kembali.
"Nara nak suruh Daniel buat macam tadi ?"
"Tak nak." Pantas Ainara menjawab. Tangannya dilarikan kebelakang. Daniel ketawa.
"Kalau tak nak cepat jawab."
"Erk....hm....Nara....Nara sayang Daniel."
"Betul ?"
"Betul......tapi...."
"Tapi apa lagi ?" Daniel ragu-ragu dengan sikap Ainara.
"Farha...."
"It’s okey, Nara. Aku tahu Daniel sayangkan kau. Kau jagan buat dia macam aku buat dah la. Okey ?" Farha menjawab.
Ainara tersenyum malu. Alamk, Farha ada kat sini pula. Tentu dia tengok apa yang Daniel buat tadi. Eii, malunyer.......

No comments: